Statistik Di Sebalik Keyakinan Bruno Fernandes Manchester United Mampu Jadi Juara EPL Musim Ini

Bruno Fernandes

Jika keyakinan Bruno Fernandes yang bersandarkan kepada kiran dan statistik ini benar, maka Manchester United tidak perlu tunggu sehingga 30 tahun untuk sekali lagi muncul juara Liga Perdana Inggeris. Itulah maksud di sebalik keyakinan Bruno Fernades melalui kenyataannya yang diterjemah oleh penganalisis sukan terkemuka mungkin.

Secara harfiah ia bermaksud, Manchester United tidak perlu menjadi seperti Liverpool yang sebelum ini kemarau kejuaraan Liga Inggeris dengan begitu lama.

Kali terakhir Manchester United mengecapi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ialah pada musim 2012/13, di mana ia adalah musim terakhir Sir Alex Ferguson bergelar pengendali sebelum bersara.

Sebelum itu, United mendominasi saingan Liga Inggeris dengan 13 kejuaraan liga, termasuk tiga kejuaraan secara berturut-turut di antara 2007-10. Selepas 2013, tiada pasukan yang benar-benar mampu mencipta dominasi serupa.

Keyakinan Bruno Fernandes

Bintang sensasi dan paling menyerlah di Manchester United, Bruno Fernandes pernah melahirkan keyakinan bahawa pasukannya Manchester United akan menjadi juara EPL pada musim ini.

Ini kerana Man United memiliki segala ramuan dan formula untuk bergelar juara di bawah kendalian pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Fernandes mengakui dia kecewa gagal membantu pasukannya mara ke kalah mati Champions League musim ini.

Namun fokus kini adalah Liga Perdana Inggeris yang menjadi impiannya bersama dengan Red Devils.

“Itu adalah tujuan utama saya datang ke England, datang ke kelab yang begitu besar ini, iaitu memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Dan saya rasa pasukan kami berpeluang untuk melakukannya.,” kata Bruno Fernandes selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Premier League untuk bulan November yang lalu.

Anugerah bulanan dari Premier League tersebut adalah yang ketiga diraih oleh pemain antarabangsa Portugal itu sejak tiba di Old Trafford pada Januari tahun lalu. Fernandes turut menerima anugerah yang sama untuk Disember 2020.

Mungkin ada yang memperlekehkan keyakinan Bruno Fernandes mengenai peluang Manchester United muncul juara dalam masa terdekat.

Namun statistik prestasi Manchester United sejak ketibaan Bruno Fernandes pasti sudah dapat dihidu pengurus lain khususnya Jurgen Klopp, Pep Guardiola atau pun Jose Mourinho.

Jika tidak, masakan pengendali dari Jerman itu mempersoalkan jadual perlawanan yang tidak ketat sebagai ketat atau taktikal yang dipilih oleh pengurus dari Norway itu untuk perlawanan di Old Trafford sebelum ini.

Kedudukan liga selepas ketibaan Bruno Fernandes

Sejak menyertai Red Devils, Bruno Fernandes ibarat penyelamat kepada kelab. Membantu kelab Setan Merah naik dan memberikan impak di atas padang.

Selain daripada membawa kreativiti ke dalam pasukan, Bruno Fernandes juga pemain yang tajam di hadapan gol.

Penalti lonjakan kijangnya menjadi mimpi ngeri kepada mana mana penjaga gol di England dan juga Eropah.

Fernandes yang menyertai Man United dari Lisbon telah menjaringkan 19 gol dari 33 penampilan keseluruhan sejak tiba di Old trafford pada Januari lalu.

Berikut adalah data yang dikumpul oleh Planet Football. Ia adalah kedudukan Liga Perdana Inggeris sejak debut Fernandes untuk United menentang Wolves.

Namun ada juga pasukan yang beraksi kurang daripada jumlah tersebut kerana baru dipromosi pada musim baru ini, dan ada juga pasukan yang telah disingkirkan dari saingan Premier League. Kerana itulah kedudukan ini melibatkan 23 pasukan – tambahan 3 pasukan.

1. Liverpool – 53 points
2. Man Utd – 51 points (24 games played)
3. Tottenham – 49 points
4. Man City – 48 points (GD +35) (24 games played)
5. Chelsea – 48 points (GD +20)
6. Wolves – 42 points
7. Arsenal – 39 points
8. Southampton – 38 points (24 games played)
9. Everton – 36 points
10. Leicester – 35 points
11. West Ham – 33 points
12. Burnley – 30 points (24 games played)
13. Crystal Palace – 29 points
14. Newcastle – 28 points (24 games played)
15. Brighton – 26 points (24 games played)
16. Aston Villa – 25 points (23 games played)
17. Sheff Utd – 22 points
18. Leeds – 14 points (11 games played)
19. Bournemouth – 11 points (GD -11) (14 games played)
20. Watford – 11 points (GD -13) (14 games played)
21. Fulham – 7 points (11 games played)
22. West Brom – 6 points (11 games played)
23. Norwich – 4 points (14 games played)

Berdasarkan kedudukan di atas, Manchester United berada di kedudukan kedua di belakang Liverpool yang mempunyai kelebihan satu mata.

Kedudukan tersebut bagaimanapun hanya berdasarkan 25 perlawanan yang telah berlangsung sejak debut Bruno sehingga yang terakhir ketika United bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Southampton 3-2 pada hujung minggu lalu.

Dan sejak dari kemenangan menentang Southampton, Manchester United terus unggul mengumpul 24 mata dari 30 sepatutnya. Liverpool pula dengan 14 mata dari jumlah perlawanan yang sama, dan Manchester City antara pencabar nyata dengan 26 mata.

Sedikit sebanyak data ini memberi gambaran kasar mengenai persaingan kejuaraan pada hari ini.

Rumusan

Anda adalah seorang bola sepak yang naif jika terus yakin dan melabel Man United tidak mampu mencabar kejuaraan bersama-sama dengan berdasarkan data purata di atas.

Namu realitinya rata-rata pasukan termasuk Man United masih perlu meneruskan 19 perlawanan lagi pada musim ini. Konsistensi adalah kunci kepada kejayaan mana-mana pasukan yang mengimpikan kejuaraan.

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

5 Perkara Daripada Pemecatan Frank Lampard Oleh Chelsea

Piala FA: 5 Perkara Dari Kejayaan Man Utd Menewaskan Liverpool

Kisah 14 Bekas pemain Yang Kembali Menyertai Kelab Sebagai Pengurus

Falsafah Bola Sepak 4-2-2-2 Ralph Hasenhuttl & Pentstrukturan Semula Yang Kembalikan Wajah Southampton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN