Statistik: Bonucci Dan Higuain Pemain Berpendapatan Tertinggi Di Serie A

Bintang AC Milan Leonardo Bonucci dan bekas rakan sepasukan beliau, Higuain merupakan 2 pemain bergaji tertinggi di Itali.

Laporan Gazzetta dello Sports melaporkan Bonucci menerima €10 juta setahun. Manakala Higuain menerima €7.5 juta setahun.

Namun jumlah itu jauh berbeza dengan pemain berpendapatan tertinggi di liga lain. Neymar baru-baru ini menerima kontrak bernilai €30 juta setahun.

Lionel Messi dijangka akan menerima angka yang sama di dalam kontrak baru beliau selepas cukai. Cristiano Ronaldo kini menerima gaji €22 juta setahun selepas cukai di Real Madrid.

Berbalik kepada senarai Serie A, Dybala berada di tangga ke-3 dengan €7.5 juta setahun. Ini diikuti oleh Douglas Costa dan Donnarumma yang masing-masing menerima kontrak €6 juta setahun.

Pengurus Juvenus, Max Allegri menjadi pengurus bergaji tertinggi di Itali dengan pendapatan €7 juta. Ini diikuti Spaletti (Inter) dengan €4 juta.

Jika dibandingkan dengan pendapatan pengurus di EPL ia memang jauh berbeza. Allegri menjadi pengurus ke-10 dalam ranking gaji setahun di Eropah.

Di EPL Guardiola adalah yang tertinggi dengan €18 juta setahun diikuti Mourinho dengan €16 juta setahun.

Gazetta dello Sport juga menjangkakan perbelanjaan di Serie A akan meningkat sebanyak €955 juta musim ini denga Juventus €164 juta.

Diikuti Milan €117 juta, As Roma €91 juta, Inter €82, Napoli €81 juta dan Lazio €62 juta.

Melihat angka perbelanjaan kelab mencecah ratusan juta, kami kagum kerana mereka mampu mencari duit sebanyak itu untuk memastikan kelab mereka terus beroperasi tanpa sangkut.

Sumber

Vanguard – https://www.vanguardngr.com/2017/09/bonucci-higuain-top-serie-earners/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN