Bayaran ejen adalah merujuk kepada duit yang dibayar oleh kelab kepada ejen atas perkhidmatan mereka kepada pemain / klien mereka.
Ramai menjangkakan Manchester United yang paling sebagai pasukan yang terbeban dengan bayaran ejen musim ini.
Ini kerana mereka membeli Pogba dengan £89 juta dan kemudia membawa masuk pemain bintang seperti Mkhitaryan dan Ibrahimovic. Ibrahimovic walaupun percuma tetapi bayaran ejen tetap ada.
Dakwaan itu salah.
Bayaran ejen di EPL musim ini adalah sebanyak £174 juta. Ia peningkatan sebanyak £44 juta berbanding tahun lalu.
Laporan dari 6 Februari 2016 sehingga 31 Januari 2017 menyatakan, Manchester City sebagai yang tertinggi diikuti Chelsea.
Walaupun Conte cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dari segi pembelian pemain terlampau mahal. Terpaksa melupakan pembelian pemain seperti Bonucci dan Koulibaly.
Namun Chelsea tetap menanggung beban bayaran ejen yang sangat tinggi.
Guardioala membawa masuk pemain-pemain mahal termasuk John Stones, Leroy Sane, Gabriel Jesus, Ilkay Gundogan dan Claudio Bravo.
Membuatkan City membayar £26.3 juta kepada ejen-ejen pemain.
Chelsea telah membawa masuk N’Golo Kante, Michy Batshuayi, David Luiz dan Marcos Alonso. Selain Luiz dan Alonso pemain-pemain lain adalah dibeli sebelum Conte masuk ke Chelsea ataupun pilihan pemilik kelab.
Chelsea membayar sekitar £25 juta untuk ejen pemain.
Manchester United berada di tangga ke-3 dengan membayar £19 juta kepada ejen pemain.
2 lagi kelab elit England, Liverpool dan Arsenal masing masing membayar hanya £13.7 juta dan £10.1 juta.
Agak mengejutkan, West Ham berada di 6 teratas untuk bayaran ejen dengan £9.4 juta.
3 pasukan yang paling ekonimikal dalam bayaran ejen adalah Burnley (£2.5 juta), Middlesbrough (£2.4 juta) dan Hull (£1.9 juta).
Baca juga: Marc Barta Jumpa Peminat Dortmund Yang Beranikan Diri Duduk Di Kawasan Schalke 04