Stanley Bernard Tegaskan Harimau Malaya Perlu Lebih Ramai Pemain Berkualiti

Stanley Bernard pengulas mfl

Bekas pemain skuad kebangsaan, Stanley Bernard menjelaskan dalam New Straits Times yang pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memerlukan sekurang-kurangnya 25 pemain yang mampu beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Ini bagi membolehkan skuad negara memasang impian untuk layak ke Piala Dunia dan dengan memiliki ramai pemain yang mampu mengisi kesebelasan utama, Tan Cheng Hoe tidak lagi akan pening kepala sekiranya berlaku situasi ‘kehilangan’ pemain.

Bekas pemain yang pernah beraksi di Indian League bersama kelab SC de Goa sekitar tahun 2010 turut menjelaskan, untuk menjadikan perkara ini realiti, pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia juga perlu memainkan peranan membentuk pemain berkualiti.

Sebagai contoh, ketika Khairulazhan Khalid tercedera ketika beraksi menentang Indonesia, penjaga gol utama, Farizal Marlias terpaksa dibawa masuk – Malaysia menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Persaingan untuk posisi nombor satu negara itu dilihat seimbang dengan kedua-duanya dilihat mampu menggalas tugas dan setara jika perlu diturunkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

“Kita perlu perkara sebegitu di setiap posisi,” tutur Stanley Bernard sambil menjelaskan sekiranya terdapat empat atau lima pasukan yang bersaing di tahap tertinggi di Liga Malaysia, ia pasti akan dapat membantu menambah pemain berkualiti buat skuad negara.

Selain itu, Stanley Bernard yang bertugas dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ketika ini turut berkata yang skuad kebangsaan yang ada kini memiliki mental yang mengagumkan dan ia dibantu dengan kaedah dan pendekatan Tan Cheng Hoe yang baik.

“Kemenangan 2-1 ke atas Thailand sangat mengagumkan. Apabila kita ketinggalan, kita kekal dengan gaya permainan kita tetapi mengubah mentaliti kita,” ujarnya mengenai kemenangan itu.

“Ia menunjukkan bagaimana permainan kita tetapi paling penting, ia mempamerkan mentaliti kita untuk menang,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai harapan tahun 2020, Stanley Bernard mahu semua pasukan yang beraksi di Liga Malaysia memiliki program pembangunan sendiri yang melahirkan pemain berkualiti.

“Saya amat berharap yang pasukan-pasukan akan mula melahirkan produk mereka sendiri melalui program pembangunan masing-masing atau dalam kata lain, setiap pasukan Liga Super memiliki program pembangunan seperti NFDP mereka yang sendiri.

“Ia akan meningkatkan kualiti pemain dan juga pasukan di liga,” jelasnya lagi sambil menegaskan ini yang akan membantu skuad kebangsaan untuk memiliki ‘pool’ pemain yang lebih besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN