Stanley Bernard Kepada Pasukan Berminat: “Kalau Nak Pemain KL City, Sila Bayar”

stanley bernard KL City bayar pemain kalau nak

KL City FC sejak awal telah mempersiapkan senarai pemain musim hadapan apabila mengekalkan 95 peratus muka lama dan bagi pasukan yang berminat, Stanley Bernard berkata perlu bayar klausa pelepasan mereka.

Bercakap kepada Astro Arena secara ekslusif sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City itu telah menjelaskan yang semua pemain itu diikat dengan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun dan untuk Pemain Import Terbaik Liga Malaysia 2021, Romel Morales pula, beliau akan kekal bersama mereka untuk tiga tahun.

Ujarnya, “Pemain yang mahu kita kekalkan, Ogos lagi kita sudah selesaikan. Kita kekalkan 95 peratus skuad, apa anda lihat musim ini, itu yang anda akan lihat musim depan dengan sedikit penambahan di setiap posisi.”

Mereka merancang awal untuk musim depan dan ini secara tidak langsung telah membantu mereka di Piala Malaysia. Mengapa dikatakan sebegitu? Dengan masa depan yang sudah terjamin sejak Ogos, para pemain memberikan yang lebih baik walaupun jika kita melihat senarai pemain, KL City tidak memiliki skuad besar.

Mereka melangkah ke pentas final seterusnya menjuarai kejohanan tertua di Asean itu selepas 32 tahun. Kekurangan kualiti di bangku simpanan tidak menghalang mereka menggunakan apa sahaja yang mereka ada untuk menjulang trofi berprestij itu, menundukkan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0.

“Kebanyakan pemain yang tandatangan kontrak tahun ini adalah selama dua tahun. Jika ada pemain-pemain KL yang dikaitkan dengan pasukan lain, atau ada pasukan berminat dengan mereka tiada masalah, boleh ambik tapi bayar klausa [pelepasan]. Kita berbisnes, tak ada isu,” jelas lanjut Stanley Bernard mengenai kontrak.

Namun, untuk Romel Morales, beliau berkata yang pemain import itu akan kekal sehingga musim 2024.

Dan menurut kenyataan sebelum ini, pemain itu akan dinaturalisasikan oleh pengurusan KL City pada musim hadapan. Ia berdasarkan kenyataan ejenya, Effendi Jagan Abdullah yang bercakap kepada Harian Metro. “InsyaAllah, kalau pasukan negara panggilnya, tahun 2023 baru dia boleh mula sertai pasukan,” ujarnya.

Romel Morales muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 dengan 10 gol selepas menukar posisi sebagai penyerang buat The City Boys. Usaha kerasnya membuahkan hasil kerana beliau bukanlah seorang penyerang tetapi posisi asalnya adalah pemain tengah menyerang atau playmaker buat KL City asalnya.

Jadi, bagi pasukan yang berminat untuk dapatkan Romel Morales atau pemain-pemain KL City yang dikekalkan, mereka bolehlah berurusan dan bayar klausa sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Stanley Bernard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN