Kuala Lumpur City (KL City) yanh telah membuat beberapa rombakan dalam senarai pemain tampak bakal tampil dengan serba baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 yang akan bermula tidak lama lagi.
Tampil selaku finalis saingan Piala AFC musim lalu, pastinya pasukan tersebut menjadi salah satu tumpuan utama untuk melihat sebarang kejayaan mampu dilakar seperti tahun lalu.
🗣 “Let’s go to Uzbekistan!”
🇲🇾 KL City boys are ready to take on PFC Sogdiana after coming out victorious in Kolkata! #AFCCup2022 pic.twitter.com/CO6f5j7mq0
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Walaupun begitu, Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City mempunyai sasaran tersendiri yang dianggap beliau realistik berdasarkan keadaan pasukan.
Beliau telah pun menyasarkan KL City untuk berada dalam kelompok lima terbaik bagi saingan Liga Super musim 2023 dan dianggap sangat realistik buat pasukan tersebut.
Jelas Stanley, sekiranya mereka mampu berada dalam kelompok berkenaan pada musim ini, beliau percaya lebih banyak kejayaan mampu diraih seperti saingan Piala FA dan Piala Malaysia.
“Sasaran kami sudah tentu untuk meraih keputusan lebih baik dari musim lepas. Jika musim lepas kita berada di kelompok enam terbaik, jadi musim ini kita mahu jadi lima terbaik dan berada dalam kelompok kelab elit.
“Saya percaya kalau kita berjaya menampilkan aksi konsisten dalam saingan liga, jadi tidak akan bermasalah untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Sebab kedua-dua kejohanan ini saling hubung kait.
“Tapi apa yang paling penting saya berharap mereka mampu untuk mengekalkan aksi yang konsisten sepanjang musim depan,”katanya kepada Arena Metro.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇲🇾 Kuala Lumpur City 5️⃣-2️⃣ PSM Makassar 🇮🇩
🥳 KL City stave off PSM fightback to emerge as ASEAN Zonal Champions in their debut campaign!
🗒️ Match Report: https://t.co/UgtuLbJu7O#AFCCup2022 | #KLCvPSM pic.twitter.com/xb4XbIt0H2
— #AFCCup (@AFCCup) August 25, 2022
KL City boleh dianggap antara pasukan yang cemerlang pada musim lalu, setelah menamatkan cabaran liga dengan kedudukan keenam menerusi 29 mata diraih daripada 22 perlawanan.
Skuad kendalian Bojan Hodak itu turut mencipta kejutan, setelah tampil dengan sangat cemerlang untuk mara ke pusingan akhir Piala AFC 2022.
Pada masa sama, Stanley juga mengakui ketika ini beliau sangat berpuas hati dengan barisan pemain dimiliki dan tidak akan ada sebarang penambahan lagi dibuat.
All even last night against Terengganu!
How do you think we did last night? #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/A2mdsektes
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 30, 2023
“Jika dahulu kita bermain dalam skuad yang mempunyai 13 hingga 16 pemain. Tetapi musim ini kita ada dalam lebih kurang 20-22 pemain. Jadi ia akan beri kestabilan dan keseimbangan buat pasukan.
“Jadi sekiranya kalau berlaku kecederaan atau digantung kami tidak akan takut dan mempunyai banyak pilihan berbanding musim lalu,” ujarnya.