Stan Kroenke Tutup Rapat Semua Pintu Untuk Orang Luar Beli Arsenal

Stan Kroenke

Nampaknya, sememangnya sukar untuk pihak luar cuba mendapatkan Arsenal selagi Stan Kroenke memiliki mereka.

Hal ini kerana, pemilik Arsenal dari Amerika Syarikat itu secara terbuka telah mengesahkan yang mereka tidak akan melayan sebarang cubaan dari mana-mana pihak untuk membeli kelab London itu.

Menurut laporan BBC Sport, Kroenke mengatakan yang dirinya jelas sekali komited sepenuhnya kepada Arsenal dan mahu terus menjadikan kelab itu kompetitif dalam semua pertandingan yang disertai mereka.

Sebelum ini, anak Kroenke iaitu Josh Kroenke telah mengatakan yang keluarganya tidak akan menjual sebarang pegangan mereka ketika pertemuan dengan penyokong tempoh hari.

Kini, mereka mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menangkis sebarang harapan penyokong Arsenal yang keluarga Kroenke akan pergi tinggalkan kelab tersebut memandangkan terdapat minat dari pemiliki Spotify iaitu Daniel Ek untuk memiliki The Gunners.

Ek dikhabarkan bekerjasama dengan tiga legenda Arsenal iaitu Dennis Bergkamp, Thierry Henry dan Patrick Vieira untuk mendapatkan kelab itu dari Kroenke.

“Kami tidak ada mendapat sebarang tawaran dan tidak akan melayan mana-mana tawaran.”

Dengan menolak sebarang tawaran dari pihak luar, Kroenke kini hanya fokus untuk membangunkan Arsenal sebagai pasukan pencabar kejuaraan utama domestik dan Eropah.

“Cita-cita kami adalah memastikan Arsenal terus kekal untuk memenangi gelaran utama dalam bola sepak.”

“Fokus kami kekal untuk meningkatkan tahap kompetitif kami di atas padang.”

Dengan kenyataan tersebut, suka atau tidak terpaksa penyokong Arsenal terima hakikat yang pemilik mereka tidak mahu meninggalkan kelab.

Apa yang boleh dilakukan kini adalah menekan Kroenke untuk menjadi lebih kompetitif terutamanya dalam membantu Arteta di jendela perpindahan.

Baca juga artikel kami mengenai Stan Kroenke:

Jangan Mimpilah Stan Kroenke Nak Jual Arsenal Tu!

Mikel Arteta: Tenang Semua, Kroenke Beri Sokongan Penuh Kepada Saya

#WeCareDoYou Kembali Bangkit Mengkritik Kroenke

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN