Stan Kroenke: “Saya Tidak Akan Berundur Kerana Penyokong ‘Rabun’, Teruskan Sokongan Kepada Wenger”

Stan Kroenke tegas dalam pendirian beliau untuk terus kekal sebagai pemilik Arsenal. Pada masa yang sama beliau menerangkan kenapa mereka mengambil keputusan ‘sukar’ untuk melanjutkan kontrak Arsene Wenger.

Ianya respon kepada beberapa media yang menyatakan pihak beliau dalam ‘kesukaran’ untuk menamatkan kerjasama dengan Wenger.

Pada hari ini, Arsenal akan mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Kroenke dan anaknya telah meluangkan masa untuk bercakap dengan wakil media. Stan Kroenke menjadi pemegang utama saham Arsenal sejak 2011.

Penyokong Arsenal

Kroenke menyatakan ada 2 jenis penyokong Arsenal. Pertamanya adalah penyokong yang hebat dan yang kedua adalah jenis penyokong yang rabun. Beliau berkata:

“Jenis penyokong yang rabun ini perkara yang terbaik dan perkara yang terburuk dalam pemilikan pasukan dalam dunia sukan.”

“Mereka ada semangat yang kuat kepada pasukan, mereka ada hak untuk meluahkan pandangan mereka . Cuma saya risau apa yang mereka luahkan akan mempengaruhi pemain dan staf kejurulatihan.”

“Mereka sentiasa ada pandangan yang mewakili mereka sendiri, saya tahu ada pandangan yang mahukan kami melakukan sesuatu untuk Arsene Wenger. Tetapi, kami semua sentiasa menghormati Arsene Wenger.”

Kroenke sedar akan beberapa kelompok ‘penyokong rabun’ ini juga menentang pemilikan saham majoriti kelab oleh beliau.

“Saya tidak akan berundur hanya kerana tekanan daripada penyokong yang rabun ini.”

Kroenke juga meminta penyokong untuk terus menyokong Arsene Wenger. Beliau menngariskan kejayaan Wenger membawa Piala FA ke-13 ke kelab tersebut.

Seterusnya, beliau mahu penyokong tahu bahawa pihak pengurusan Arsenal menunjukkan cita-cita mereka untuk menjadi pasukan elit dengan menandatangani pemain seperti Alexandre Lacazette yang merupakan rekod perpindahan terbesar kelab.

Kroenke terlalu sayangkan Arsenal

Terdapat khabar angin bahawa billionaire dari Rusia, Alisher Usmanov membida £1 billion untuk memiliki pasukan Arsenal. Buat masa ini, Usmanov hanya memiliki 33% pegangan saham dan keluarga Kroenke memiliki 67%.

Namun bidaan itu ditolak oleh Kroenke. Tiada bidaan baru dibuat oleh Usmanov selepas itu.

“Lihat balik sejarah kita. Kita mahukan semua perkara ini dibangunkan. Anda tidak akan melihat kami menjual ‘barang’. Kami komited dengan pelan jangka panjang kelab ini.”

Ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan sebarang bidaan lagi selepas ini?

“Tidak! Tidak sama sekali. Itu tiada dalam model pengurusan kami. Saya sayangkan Arsenal, dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada Arsenal.”

“Tiada yang lebih baik daripada pergi ke luar sana dan menikmati kejayaan seperti yang kami lakukan ketika menjuarai Piala FA.”

“Sepanjang petang dan malam, kami bercerita tentang apa yang berlaku di padang. Indah! Perasaan itu yang membuatkan saya terus melakukan kerja.”

Beliau berkata, beliau tidak akan menjadikan Arsenal sebagai batu loncatan untuk beliau mendapat duit segera dengan menjual pemilikan saham beliau.

“Banyak lagi cara untuk membuat duit dengan senang, saya boleh jamin.”

Arsene Wenger orang yang tepat!

Seterusnya, bercerita tentang Arsene Wenger, Kroenke yakin kontrak lanjutan 2 tahun adalah yang terbaik untuk Wenger.

Musim lalu ramai penyokong meminta agar pengurusan tidak melanjutkan kontrak Arsene Wenger. Namun Kroenke menjelaskan bahawa Wenger adalah orang yang tepat!

Stan Kroenke berkata:

“Apabila anda membuat keputusan, anda mengambil kira banyak faktor yang berbeza. Dan anda berharap anda telah melakukan pertimbangan yang terbaik. Dan saya yakin saya baru sahaja membuat keputusan yang tepat.”

“Beliau (Wenger) seorang yang memiliki keinginan serta ‘passion’ kepada organisasi ini. Itu yang memberikan manfaat kepada pemain dalam cara yang berbeza.”

“Sangat mudah untuk menukar jurulatih dan orang melakukannya banyak kali. Namun dengan mengosongkan kepala dahulu, bertenang dan fikirkan tentang pelan jangka panjang berbanding dengan pelan jangka pendek.”

“Itu adalah cara terbaik untuk mencari jawapan dalam melakukan sesuatu.”

“Kadangkala ianya memang sukar. Kami sudah berurusan dengan banyak organisasi dan kami merasakan Arsene sedang melakukan tugas beliau dengan baik. Dia adalah orang yang tepat!”

Kroenke juga memberitahu yang pihak beliau komited untuk melanjutkan kontrak pemain-pemain utama mereka. Ini adalah gambara yang ditujukan kepada kontrak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil yang masih lagi belum ada kata putus.

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/10/25/arsenal-owner-stan-kroenke-pledges-backing-manager-arsene-wenger/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN