Stan Kroenke Mahu Miliki Arsenal Secara Mutlak, Beli Pegangan Saham Dari Alisher Usmanov

Stan Kroenke

Berita ini pastinya membuatkan penyokong Arsenal naik angin.

Bagi peminat Arsenal, mereka pastinya tahu kisah dua pemegang saham dalam kelab itu yang tidak sebulu iaitu Stan Kroenke (gambar bawah) dan juga Alisher Usmanov.

Kedua-dua pemilik ini mempunyai keinginan untuk menjadi pemegang mutlak di kelab utara London itu, tetapi ego di antara kedua-dua lelaki ini menjadi penghalang.

Sebelum ini, Usmanov yang memiliki 30% pegangan di Arsenal telah cuba untuk membeli pegangan majoriti Kroenke sebanyak 67%.

Tawaran yang dilakukan oleh Usmanov memang cukup besar apabila beliau menawarkan £1 bilion kepada Kroenke tetapi pemilik dari Amerika Syarikat itu menolak tawaran itu.

Kini, servis sudah bertukar tangan dengan Kroenke pula mahu membeli pegangan yang dimiliki oleh Usmanov.

Alisher Usmanov

Kroneke dikatakan mahu mendapatkan pegangan 30% Usmanov untuk menjadikan beliau pemilik mutlak Arsenal.

Jika ianya berjaya maka beliau akan menguasai 97% pegangan Arsenal!

Nilai tawaran yang dikemukakan tidak didedahkan ketika umum ketika ini. Akan tetapi, jika transaksi ini berjaya pastinya akan mengundang gelisah kepada penyokong Arsenal.

Wakil dari Arsenal Supporter’s Trust telah berasa resah yang tindakan Kroenke ini hanya akan menjadikan kelab itu tidak lagi seperti dahulu.

“Jika perkara ini berlaku, Arsenal bakal jadi seperti syarikat swasta.”

“Tak akan ada lagi mesyuarat agung tahunan, peminat tak boleh tak tahu butiran keluar masuk wang pasukan seperti sekarang dan pastinya banyak benda akan dipersoalkan peminat selepas ini jika transaksi ini berjaya.”

Jadi, apa pandangan peminat Arsenal?

Sumber:

  1. Express (2017): Arsenal news: Stan Kroenke moves to purchase Alisher Usmanov’s shares; http://www.express.co.uk/sport/football/860418/Arsenal-news-Stan-Kroenke-moves-to-purchase-Alisher-Usmanov-s-shares

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN