Stamford Bridge Terpilih dalam Permainan Simulasi Bukan Bola Sepak?

Biasanya kita sudah melihat gambaran stadium dalam permainan video berkaitan bola sepak. Tidak kiralah sama ada siri FIFA atau pun Pro Evolution Soccer.

Namun, ada beberapa stadium telah terpilih untuk dimuat naik dalam sebuah permainan video simulasi pembinaan dan pengurusan bandar.

Apakah ia?

Permainan yang dimaksudkan ialah Cities: Skylines. Permainan simulasi pembinaan dan pengurusan bandar ini dibangunkan oleh Colossal Order. Manakala ia diterbitkan oleh Paradox Interactive.

Bagi menarik peminat bola sepak, pereka permainan ini mengambil keputusan untuk mewujudkan pek bernama European Club Pack.

Sebuah stadium sahaja yang ada dalam Match Pack. Sumber: Steam.

Namun begitu, para pemain disyaratkan memiliki Matchday Pack terlebih dahulu. Ia bererti sekiranya tidak install Matchday Pack, para pemain tidak dapat install European Club Pack apatah lagi menikmatinya!

Apa beza keduanya?

Matchday Pack sebenarnya memiliki sebuah stadium sahaja. Menariknya, para pemain boleh menukar warna jersi untuk stadium yang mewakili bandar dibina. Di samping itu, para pemain dibenarkan mengubah nama untuk diberikan kepada fasiliti tersebut.

European Club Pack mempunyai tambahan 4 buah stadium yang dilesenkan khas. Stadium yang terpilih ialah Stamford Bridge (Chelsea) dan Nou Camp (Barcelona). Juventus Stadium (Juventus) dan Parc des Princes (Paris St. Germain) turut tersenarai.

Match Day Pack ini dikeluarkan sebenarnya pada Jun 2016. Manakala European Club Pack menyusul pada Oktober 2016.

Sudah tiada?

Diberitakan bahawa Match Day Pack hanyalah berkos percuma untuk dimuat turun. Pada September 2017, laman sesawang Skylines Paradox Wikis menyatakan European Club Pack telah ditarik balik daripada pasaran.

Sebelum ini, European Club Pack dijual dalam pasaran dengan harga 6 Dolar Amerika.

Tetapi, jangan kecewa! Anda boleh bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah memiliki Cities: Skylines termasuk kedua-dua pack ini untuk mendapatkannya.

Adakah anda mula bosan dengan permainan video bola sepak? Apa kata anda mencuba kelainan dengan bermain Cities: Skylines. Ia sangat menarik!

Nota penulis: Penulis pun ketagih dengan permainan ini! Selamat mencuba.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN