Staf Kejurulatihan Real Sociedad Kagum Dengan Disiplin dan Tahap Kecergasan Odegaard

Odegaard

Pemain muda Real Madrid yang dipinjamkan ke  Real Sociedad, Martin Odegaard diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama buat kali kedua musim ini. Malah pemain yang pernah digelar ‘wonderkid’ itu cemerlang menjaringkan gol kemenangan pasukannya menewaskan Mallorca.

Kelab barunya itu dikhabarkan sangat kagum dan berpuas hati dengan prestasi semasa Odegaard. Menurut staf kejurulatihan di Anoeta, sejak hari pertama pemain warga Norway itu menjalani latihan bersama rakan sepasukan, mereka sudah nampak bakat dan potensi yang dimiliki Odegaard serta percaya pemain itu mempunyai masa depan yang cerah.

Selain kebolehan teknikal dan keupayaan kaki kirinya yang mantap, lebih mengujakan adalah disiplin, kekuatan mental serta tahap kecergasan yang tinggi dimiliki pemain berusia 20 tahun itu.

Sebelum ini, Odegaard pernah berkongsi betapa pentingnya untuk berlatih bersama pasukan utama Real Madrid, terutamanya Cristiano Ronaldo.

Sikap pemain Portugal itu yang amat mementingkan disiplin dan memberi tumpuan terhadap aspek kecergasan selari dengan kemampuannya untuk pulih lebih cepat selepas setiap perlawanan berlangsung.

Data yang dikumpul oleh staf kecergasan Real Sociedad menunjukkan Odegaard merupakan pemain paling cergas dalam pasukan mereka dengan konsisten membuat larian lebih jauh berbanding rakan sepasukannya yang lain dalam dua perlawanan sebelum ini.

Ianya dibuktikan sewaktu pertembungan dengan Real Mallorca tempoh hari di mana Odegaard masih mempu membuat larian pantas serta menjaringkan gol sekalipun pada minit-minit akhir perlawanan dan itulah yang membantu pasukannya meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Disebabkan oleh kualiti teknikal serta kekuatan tahap kecergasan yang dimiliki, Odegaard telah memulakan musim ini dengan begitu baik. Dengan perjalanan liga musim ini yang masih panjang, adalah sangat menarik untuk melihat sama ada beliau mampu untuk kekal konsisten dalam semua 38 perlawanan liga.

Real Sociedad sebelum ini juga pernah memberi peluang kepada Adnan Januzaj untuk mengembalikan keyakinannya selepas mula hilang dilanda penurunan prestasi. Pemain Belgium itu pada awalnya sangat cemerlang dalam musim pertamanya bersama skuad utama Manchester United sehingga dicanang sebagai pengganti Ryan Giggs.

Namun pada musim-musim berikutnya, prestasi beliau dilihat semakin merudum dan gagal memenuhi jangkaan pelbagai pihak. Selepas menyertai Real Sociedad, Januzaj kembali menyinar dan hasilnya beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Belgium dalam saingan Piala Dunia pada tahun lepas.

Odegaard berpeluang untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau bersama Real Sociedad dan diharapkan impian beliau untuk menjadi pemain utama Real Madrid dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Kredit foto: VG.no

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN