Stadium Sultan Ibrahim Kini Jadi Tumpuan Acara Dunia, Spartan Stadion

Stadium Sultan Ibrahim terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila kali ini telah dipilih sebagai tuan rumah Spartan Stadion yang akan diadakan buat julung kalinya di negara ini pada 3-4 September akan datang.

Ini bukan kali pertama stadium bola sepak seba canggih yang menjadi gelanggang tuan rumah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim ini mendapat pengiktirafan dari luar negara.

Sebelum ini Stadium Sultan Ibrahim turut memenangi anugerah ‘Stadium of the Year’ oleh StadiumDB.Com. Pengiktirafan demi pengiktirafan termasuk dari jenama-jenama terkenal dari seluruh dunia yang tampil selaku penaja seperti UNICEF, NIKE, HUBLOT, SWAG Electric Vehicle dan Subway membuatkan JDT sering menjadi tumpuan dunia.

Maka tidak hairanlah Stadium Sultan Ibrahim yang dilancarkan secara rasmi pada Februari 2020 turut terpilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion nanti.

Berkaitan Spartan Stadion, peganjurannya akan menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara. Walaupun penyertaan antarabangsa akan bergantung pada situasi Covid-19, namun ia tetap akan memberikan JDT lebih banyak pendedahan bertaraf antarabangsa dan akan mengukuhkan lagi lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2007 di Amerika Syarikat, Spartan Race telah berkembang ke lebih dari 30 buah negara dengan pelbagai jenis acara. Spartan Stadion adalah perlumbaan sejauh 5 km dengan 20 rintangan yang diadakan di stadium sukan pro yang terkenal di seluruh dunia.

Kerjasama dengan jenama dan acara antarabangsa memperluaskan lagi nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global, dan ini menjana pendapatan diperolehi melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja.

Jangkauan luar biasa JDT melalui media sosial — antara yang terbaik di Asia Tenggara — juga memberikan lebih banyak perhatian kepada jenama antarabangsa.

Harimau Selatan memberi contoh yang baik kepada kelab-kelab lain di rantau ini mengenai bagaimana pengurusan yang progresif dengan visi yang jelas dapat membantu memperkembangkan jenama di peringkat antarabangsa.  Menariknya, JDT baru berusia lapan tahun.

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Stadium Sultan Ibrahim:

Inilah Rahsia Kehebatan Padang Stadium Sultan Ibrahim

TMJ Mahu Stadium Sultan Ibrahim No.1 Asia Tenggara

Kejayaan JDT Bina Stadium Sendiri Dapat Pujian FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN