Stadium Sultan Ibrahim Jadi Venue Pembuka Tirai Liga Malaysia 2020

Stadium Sultan Ibrahim

Stadium baharu milik Kelab Bola sepak Johor Darul Tak’zim (JDT FC), Stadium Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai venue untuk aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2020.

Ini selepas kenyataan daripada Malaysia Football League (MFL) semalam yang mengesahkan JDT akan menjadi tuan rumah kepada Kedah untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2020 pada 28 Februari akan datang.

Perlawanan tersebut secara tradisinya akan mempertemukan juara Liga Super dan juara Piala FA, dan dijadikan sebagai perlawanan pertama Liga Super sejak beberapa musim yang lalu.

MASANYA HAMPIR TIBA. NIKMATI ‘UPDATE’ TERAKHIR (BUAT MASA INI) SEMENTARA KITA MENANTIKAN STADIUM SULTAN IBRAHIM SIAP…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, November 24, 2019

Ini bermakna selain daripada peluang untuk menjulang trofi pertama musim ini, tiga mata turut menjadi taruhan buat kedua-dua pasukan.

Stadium Sultan Ibrahim adalah antara tiga venue baharu yang akan digunakan di saingan Liga Malaysia pada musim akan datang.

Selain daripada stadium bola sepak sepenuhnya yang boleh memuatkan 40,000 penonton pada setiap perlawanan, dua stadium lain yang akan turut digunakan pada musim akan datang ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu FC) dan Stadium UKM Bangi (UKM FC).

STADIUM SULTAN IBRAHIM KE ARAH MENJADI YANG TERHEBAT DI ASIA TENGGARA

Pada 24 Januari 2016, DYAM Tunku Mahkota Ismail…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, November 16, 2019

Enam pasukan pula akan berkongsi stadium yang sama. PDRM (Liga Super) dan Kuala Lumpur (Liga Premier) akan menggunakan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dua pasukan Liga Premier — Kuching FA dan Sarawak (Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching), selain dua lagi pasukan Liga Premier iaitu Kelantan dan Kelantan United, yang bakal menggunakan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

JDT mencipta sejarah tersendiri di dalam kancah saingan bola sepak di negara ini apabila memiliki stadium sendiri mulai musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN