Stadium Sultan Ibrahim Dan Stadium Kuala Lumpur Dipilih Untuk Projek Perintis Kemasukan Penonton

Stadium Sultan Ibrahim
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras merupakan dua venue yang dipilih untuk dijalankan projek perintis kemasukan penonton ke stadium bermula awal bulan hadapan.

Perlawanan yang akan berlangsung di dua stadium berkenaan adalah aksi Liga Super membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United pada 2 April dan Kuala Lumpur City betemu Sabah pada 3 Aprol.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan keputusan tersebut penting bagi memastikan saingan Liga-M dapat kembali diserikan dengan kehadiran penyokong ke dalam stadium.

“MFL ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan penonton kembali ke stadium pada bulan ini,” kata Ghani dalam kenyataan yang dikeluarakan oleh media MFL.

“Ini adalah satu petanda positif kepada semua penyokong terutama industri bola sepak sendiri di mana hanya kejohanan bola sepak sahaja dibenarkan penonton ke stadium.

“Bagaimanapun, MFL tetap akan memastikan gelembung sukan kekal terpelihara serta terus mengekalkan amalan operasi prosedur standard (SOP) di sebalik kebenaran kemasukan penonton bermula bulan depan.

Ghani juga menasihatkan agar semua penyokong yang akan hadir untuk projek perintis tersebut agar memanfaatkan peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan mengekalkan pematuhan SOP dalam misi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

“Saya juga mahu mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di atas sokongan kepada bola sepak tempatan sepanjang Liga Malaysia berlangsung pada musim 2020 dan musim 2021,” ujarnya.

Sebagai rekod, formula jumlah kemasukan penonton bergantung kepada lapisan peringkat PKP.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sebanyak 25 peratus atau 8,000 penonton daripada kapasiti tempat duduk penonton atau tertakluk kepada kebenaran penganjur dibenarkan.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula menyaksikan 10 peratus atau maksima 2,000 penonton dibenarkan.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menasihatkan agar warga emas dan kanak-kanak tidak hadir menonton perlawanan di stadium kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi.

Sekalipun tiada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, namun ianya penting bagi memastikan tiada kluster yang melibatkan penyokong bola sepak pada masa akan datang.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN