Stadium Shah Alam ‘Tanpa Bumbung’ Kini Selamat Digunakan

Isu keselamatan di Stadium Shah Alam akhirnya selesai selepas permukaan bumbung rosak yang menjadi punca Selangor tidak dapat beraksi di stadium tersebut sebelum ini telah dibuang.

Kini gelanggang keramat The Red Giants itu bersedia untuk kembali digunakan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas ditangguh susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon dalam maklum balasnya kepada Harian Metro menjelaskan tahap keselamatan pengunjung stadium itu dijamin selamat sepenuhnya dan ianya disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah membuat pemeriksaan.

“Kami dah buang bahagian yang sebelum ini bocor, retak dan yang nampak macam serpihan plastik di atas bumbung.

“Tapi tak diganti dengan bumbung baru cuma dibuang dan biarkan ia berlubang kerana perkara yang dibangkitkan mengenai keselamatan di mana takut serpihan bumbung jatuh ke tempat duduk penyokong.

“Hasil perbincangan dengan beberapa pihak berwajib, kami dah buang dan memang berlubang. Kalau hujan memang basah di tempat duduk penyokong, kira macam main di stadium terbuka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

FAS kini menantikan kelulusan dari pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang akan membuat pengesahan selepas membuat pemeriksaan bagi membolehkan Selangor menggunakan venue itu untuk perlawanan yang akan datang.

Masalah bumbung di stadium milik kerajaan negeri Selangor itu telah berlarutan sejak sekian lama dan Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) memaklumkan kos keseluruhan untuk membaik pulih stadium berkenaan boleh mencecah sehingga RM190 juta.

Stadium Shah Alam yang mendapat ‘sentuhan’ arkitek tersohor negara, Hijjaz Kasturi mula dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada Julai 1994. Ia pernah menjadi gelanggang utama skuad Harimau Malaya pada 1994 hingga 1997 sehinggalah Stadium Nasional Bukit Jalil siap dibina.

Kredit Foto: DEFM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Stadium Shah Alam:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN