Stadium Selayang Kekal Gelanggang Rasmi The Red Giants

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berhubung kelulusan untuk beraksi di Stadium Selayang untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Gelanggang yang berkapasiti 16,000 penonton itu akan menjadi venue rasmi pasukan Selangor dan akan beraksi pada sebelah petang selepas stadium tersebut tidak lulus dalam ujian kecerahan lampu limpah.

Bercakap kepada Berita Harian, Kevin mengesahkan FAS sudah berjaya mendapatkan kebenaran menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang buat sementara waktu dan kemungkinan mereka akan cuba cari stadium lain yang boleh digunakan pada waktu malam.

“Kita tidak ada halangan mengenai perkara ini, cuma stadium itu hanya layak untuk digunakan pada aksi sebelah petang. Jadi kemungkinan selepas ini Selangor akan cuba mendapatkan peluang beraksi di stadium yang boleh digunakan di sebelah malam.

“Apapun, perkara positifnya mereka sudah mengesahkan satu gelanggang sebagai venue untuk mereka beraksi, namun unit pertandingan FMLLP perlu melihat semula jadual pertandingan kerana tiga pasukan turut berkongsi menggunakan stadium terbabit.

“Ini kerana stadium berkenaan digunakan sepanjang tahun tetapi kita akan cuba membantu Selangor supaya dapat menjadikan stadium itu sebagai venue pasukan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Dua lagi pasukan yang turut menggunakan Stadium Selayang sebagai venue rasmi adalah pasukan dari Liga Perdana iaitu Kuantan FA serta UKM FC.

Stadium Nasional Bukit Jalil pada mulanya mahu dijadikan sebagai gelanggang rasmi pasukan Selangor.

Sebelum ini hasrat pasukan Selangor untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi  untuk saingan Liga Malaysia musim depan  tidak  jadi kenyataan apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memaklumkan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan Selangor sebagai tuan rumah mungkin terpaksa dipinda beberapa kali.

Hal ini kerana SNBJ mempunyai banyak tempahan dan dikatakan padat dengan aktiviti sepanjang tahun termasuk menjadi gelanggang Kejohanan Ragbi Asia, sekali gus The Red Giants kini perlu mencari gelanggang alternatif sebelum Liga Super membuka tirainya pada 3 Februari ini.

Tunku Ismail juga mengalakkan agar pengurusan Selangor melabur untuk perbaiki lampu limpah Stadium Selayang seperti mana pasukan PJ Rangers mengeluarkan wang sendiri untuk naiktaraf Stadium MBBJ.

Selain SNBJ, FAS turut berdepan kesukaran untuk kembali menggunakan Stadium Shah Alam susulan masalah dan konflik dengan kerajaan negeri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN