Stadium Proton Di Tanjung Malim Dipilih Lokasi Perlawanan PKNP FC-Negeri Sembilan

Pihak FMLLP baru-baru ini telah meluluskan lokasi gantian untuk perlawanan Piala Malaysia melibatkan pasukan PKNP FC dan juga Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan terbaharu mereka, FMLLP telah menerima Stadium Proton di Tanjong Malim melibatkan kedua-dua pasukan.

Selain perubahan lokasi perlawanan, ia juga akan menyebabkan waktu sepak mula akan dilangsungkan pada waktu petang dengan ia akan diadakan pada jam 4.45 petang.

Tetapi, ia akan diadakan pada tarikh yang sama mengikut jadual asal iaitu pada 18 Julai 2017 iaitu pada Selasa.

Keputusan ini telah pun dibuat selepas FMLLP mengarahkan Stadium Perak ditutup selama seminggu bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih padang yang di stadium tersebut.

Hal ini kerana, kualiti padang di stadium tersebut berada pada tahap yang tidak memuaskan dan perlu diselanggara semua kerana ia berada pada tahap kualiti yang tidak begitu baik untuk bermain diatasnya.

Stadium Perak diarah tutup untuk kerja baik pulih sejurus selepas perlawanan Liga Perdana antara PKNP FC dan juga JDTII.

Ia ditutup seminggu dan akan dibuka semula untuk perlawanan Liga Super antara Perak menentang FELDA United pada minggu hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN