Stadium Perak pada musim ini adalah stadium yang paling kerap dikritik oleh peminat Liga Malaysia.
Hal ini kerana keadaan padang stadium tersebut yang boleh dikatakan sebagai teruk.
Malah bukan pada tahap tidak begitu baik, malah boleh dikatakan teruk dan sering dilabel sebagai ‘bendang’ oleh para peminat Liga Malaysia.
Kualiti padang yang teruk itu nyata menggangu corak permainan mana-mana pasukan yang bermain di situ.
Perubahan
Menerusi laman Facebook pasukan Perak, kerja-kerja pembaikan semula padang di Stadium Perak kini sedang giat dijalankan.
Mengikut beberapa gambar yang disiarkan, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan dengan beberapa ruang di padang tersebut dikorek untuk dibaiki.
Ia dipercayai untuk membaiki sistem pemparitan untuk menjaga kualiti padang supaya menjadi lebih baik di masa akan datang.
Kerja-kerja baik pulih padang di Stadium Perak ini dilakukan hasil usaha dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang merupakan pemilik kepada stadium tersebut.
Proses ini dijangka siap sebelum saingan Liga Malaysia kembali bersambung semula.
Semoga dengan adanya kerja baik pulih ini dapat berikan kualiti permainan bola sepak yang lebih baik ketika diadakan di Stadium Perak.