Quantcast

BERITA

Stadium Manjung Bakal Menjadi Gelanggang Rasmi PKNP FC

Kelab PKNP FC membuat keputusan untuk menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai gelanggang tetapnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata kepada Stadium Astro pemilihan Stadium MPM sebagai stadium rasmi adalah tepat berdasarkan jumlah kapasiti yang tidak begitu besar sesuai dengan kelab kecil seperti PKNP FC.

Stadium MPM yang baru telah dinaik taraf sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 juga berupaya menganjurkan perlawanan pada waktu malam.

Justeru, Abu Bakar bersetuju apabila Presiden PKNP, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, mencadangkan agar mereka berpindah gelanggang ke Seri Manjung.

Langkah itu bertujuan untuk tidak menganggu jadual pasukan Perak yang akan terbabit dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selain itu, beraksi di Stadium MPM juga akan memberi peluang kepada rakyat Perak yang tinggal di kawasan Manjung untuk menyaksikan perlawanan liga super yang berkualiti.

Suasana perlawanan di Stadium Manjung ketika kejohanan SUKMA 2018.

“Memang lain bila bermain di negeri sendiri daripada beraksi di negeri orang.

“Jadi, dengan kami beraksi di Manjung, penduduk di daerah sini berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak bertaraf tinggi, ” katanya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!