Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Bakal Jadi Gelanggang Harimau Malaya

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin bakal digunakan sebagai laman buat Harimau Malaya beraksi – lapor Berita Harian.

Stadium yang merupakan gelanggang rasmi JDT bakal digunakan untuk kesemua perlawanan Harimau Malaya dalam siri kelayakan Piala Asia 2019.

Menurut pihak FAM, mereka tidak dapat mendedahkan kepada pihak media apakah faktor yang menyebabkan stadium tersebut dipilih sebagai laman buat Harimau Malaya.

Kemudahan

Namun begitu, Setiausaha Agung FAM Dato’ Hamidin Mohamad Amin memberikan sedikit gambaran mengenai pemilihan stadium tersebut sebagai gelanggang Harimau Malaya.

Gambar: Melaka United

Beliau berkata yang penggunaan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos adalah kerana kemudahan yang disediakan di stadium tersebut.

Untuk rekod, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin merupakan antara stadium yang mempunyai kemudahan yang terbaik di Malaysia.

Perlawanan pertama di Larkin bagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 adalah menentang Lubnan pada 13 Jun ini.

Menurut Hamidin, surat telah dihantar kepada pihak AFC untuk memaklumkan yang perlawanan Harimau Malaya untuk siri kelayakan Piala Asia 2019 bakal diadakan di Larkin.

Bagi perlawanan menentang Korea Utara yang tertangguh, pihak FAM berkeras untuk berlawan dengan Korea Utara di gelanggang berkecuali.

Namun begitu, pihak Korea Utara tetap mahu perlawanan diadakan di Pyongyang.

“Kami sudah sepakat bersama dengan kepimpinan tertinggi FAM yang kami tak nak main di Pyongyang.”

Baca juga: Fazly Mazlan Mohon Maaf Atas Insiden Semalam, Mengaku Emosi Sedikit Terganggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN