Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?

Semalam dalam satu status facebook yang dimuat naik oleh ALOR SETAR – Better City for Better Life menyebut tapak Stadium Darul Aman yang ada sekarang bakal digunakan untuk pembangunan urbanisasi.

Ianya sebahagian daripada program dalam Draf Perancangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2035.

Untuk pengetahuan semua, Stadium Darul Aman telah beroperasi sejak 1962.

Tapak stadium yang sedia ada sekarang telah dikenalpasti sebagai kawasan strategik untuk dijadikan pusat pelbagai pembangunan komuniti.

MBAS juga mencadangkan agar stadium baru untuk pasukan bola sepak Kedah akan dibina di Stargate yang merupakan tanah bendang.

Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan, rata-rata penyokong Kedah kurang bersetuju dengan cadangan ini.

Mereka lebih memilih untuk kekal di tapak yang ada sekarang kerana ia lebih mudah untuk diakses.

Tambahan pula, jika benar tapak baru itu adalah tanah bendang, ianya dikhuatiri tidak sesuai.

Selain itu, pihak MBAS perlu mengambil kira isu kos yang lebih tinggi untuk membina stadium baru.

Jadi, pilihan yang lebih baik seperti menggunakan duit yang ada untuk penambahbaikan stadium.

Ini termasuk penambahan kapasiti stadium yang sedia ada sekarang.

Mereka turut mengambil contoh kelab seperti Chelsea dan Liverpool yang hanya perbesarkan lagi stadium mereka.

Ini kerana, sentimen penyokong ke atas stadium juga harus diambil kira.

Ianya nampak remeh, namun sebagai peyokong bola sepak sejati, hanya mereka yang tahu akan rasa sayang dengan stadium yang sudah lama menjadi rumah mereka.

Apa pula kata anda? Ia mungkin ada pro dan kontra. Pihak yang melakukan perancangan ini harus ada kajian sedalam-dalamnya.

Pembinaan stadium bola sepak perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Baca juga: Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN