Stadium Batu Kawan Saksi Pengakhiran Dan Permulaan Baharu Andik Vermansyah

Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, telah menjadi saksi kepada pengakhiran dan permulaan baharu buat pemain kebangsaan Indonesia, Andik Vermansyah.

Ini kerana, pada musim lalu, Andik telah beraksi buat kali terakhir bersama Selangor di stadium tersebut menentang Pulau Pinang yang berkesudahan dengan Selangor menang 3-1.

Andik telah menyumbang satu gol buat Selangor pada perlawanan terakhir liga itu dan diakhiri dengan tangisan apabila dia dilihat mendekati para penyokong Selangor di tempat duduk penonton.

Pulau Pinang akhirnya tersingkir ke 100Plus Liga Premier, tetapi Andik yang dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas dikeluarkan pada minit ke-89.

Andik Vermansyah meraikan jaringan pertama Selangor menentang Pulau Pinang, musim lalu. Foto: FAS.

Itu cerita musim 2017 setelah beliau sah tidak tidak disambung kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Andik tercari-cari pasukan baharu sejak itu.

Pelbagai spekulasi mengenai destinasinya selepas meninggalkan pasukan yang diwakilinya sejak dari musim 2013 antaranya bakal kembali ke Persebaya Surabaya.

Namun, segalanya berakhir dengan pengesahan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai penyertaan bintang Indonesia itu untuk bersama Kedah.

Pada 9 Februari, dua hari sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018, Andik telah sah menyertai Kedah.

Andik boleh turun beraksi sejurus pengesahan tersebut dan perlawanan pertamanya adalah menentang PKNP FC dalam saingan unifi Liga Super 2018.

Pada 11 Februari 2018, 106 hari selepas aksi terakhirnya, dan bersaksikan Stadium Batu Kawan sekali lagi, Andik turun ke padang dengan menyarung jersi Hijau Kuning pula.

Andik Vermansyah turun dalam kesebelasan utama Kedah. Foto: KFA.

Berjaya memukau barisan penyokong fanatik Kedah, Andik yang diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama, telah memberikan aksi terbaiknya.

Andik berjaya membantu Kedah memperolehi kemenangan pertama liga selepas tumpas dalam dua aksi pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak.

“Saya terkejut kerana diberi peluang oleh jurulatih main dalam kesebelasan utama lebih awal. Hal ini kerana saya sudah 2 bulan tak pernah sertai latihan mana-mana pasukan dan tiada perlawanan selama 2 bulan.

“Tapi, alhamdulilah, saya sebagai pemain harus profesional dan selalu berlatih di rumah dan saya sendiri tidak percaya juga boleh tahan main sampai minit 87 dalam cuaca panas sebegitu,” ujarnya kepada Dunia Sukan.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Andik adalah pemain yang bertanggungjawab membawa dan menghantar bola ke dalam kawasan gol lawan untuk satu-satunya gol pasukannya.

“Jujur saya sangat terima kasih kepada rakan sepasukan dan penyokong Kedah yang menyambut baik kedatangan saya ke sini,” ujar Andik dengan penuh kesyukuran.

“Mereka membuatkan saya seolah-olah sudah 3 tahun berada bersama pasukan,” tambahnya lagi yang telah mengikat kontrak untuk tempoh setahun bersama Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN