Kini, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) akan punya lebih sebab untuk mengunjungi stadium baharu mereka pada musim hadapan!
Terkini, laman media mereka iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim bakal dilengkapi dengan photo booth interaktif.
Dikuasakan dengan teknologi Augmented Reality atau AR. Photo booth JDT ini akan menjadi yang pertama di mana-mana stadium bola sepak yang terletak di Asia Tenggara.
Menerusi teknologi ini, penyokong JDT boleh bergambar bersama-sama dengan lima pemain pilihan mereka dalam bentuk digital.
Hasil daripada itu, gambar yang dicetak akan menyaksikan penyokong tersebut seolah-olah mereka bergambar dengan pemain sebenar!
Teknologi AR sebelum ini pernah tular apabila sebuah pasukan ragbi Amerika Syarikat (American Football) membuat teknologi sedemikian.
Ciri baharu ini pastinya amat dialukan oleh penyokong JDT kerana pastinya ia dapat menjadikan hubungan antara pemain dan penyokong lebih dekat walaupun menerusi pendekatan digital.
Syabas JDT di atas pengenalan ciri baharu ini, pastinya penyokong mereka teruja menantikan stadium baharu mereka dibuka!