Sri Pahang Sedia Sekat Momentum Positif Terengganu

Sri Pahang nampaknya enggan terus menjadi pasukan belasahan musim ini di pentas Liga Super 2024/2025, dengan siri kebangkitan bakal dicipta mereka untuk menyekat momentum positif Terengganu.

Derbi Pantai Timur kali ini pastinya menjanjikan suatu aksi yang terbaik buat kedua pasukan dalam usaha masing-masing untuk mencipta kemenangan serta mendapat tiga mata penting di pentas Liga Super.

Walaupun begitu, Sang Penyu dilihat memiliki lebih potensi untuk meraih keputusan positif jika dibandingkan prestasi semasa Tok Gajah yang dianggap tidak menentu.

Berdasarkan keputusan terbaharu juga menyaksikan Sri Pahang masih segar akan kekalahan 2-3 mereka kepada Sabah walaupun beraksi di halaman sendiri.

Berbanding Sang Penyu yang meraih kemenangan 2-0 mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) di gelanggang lawan bersama aksi menyakinkan.

Menyedari kunci kekuatan serangan Terengganu musim ini banyak berpaksikan kepada Akhyar Rashid dan Safawi Rasid, pastinya jentera pertahanan Sri Pahang perlu memberi fokus terbaik untuk mengelak sebarang kemungkinan buruk.

Malah ia turut diakui pertahanan tengah Sri Pahang musim ini iaitu Adam Nor Azlin selepas beliau menyatakan siri serangan Terengganu diperkuatkan oleh pemain berkualiti serta memiliki pengalaman baik.

“Bagi saya Terengganu memiliki dua penyerang yang bagus – Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang boleh memberi tekanan kepada kami di bahagian pertahanan.

“Dengan kelebihan yang TFC ada, saya selaku pemain pertahanan serta rakan sepasukan akan memastikan jaringan tidak dilakukan tuan rumah.

“Memang benar cabaran getir bakal dihadapi tetapi kehadiran kami ke Terengganu untuk memastikan sekurang-kurangnya satu mata dibawa pulang.

“Tiada yang mustahil dengan strategi yang dilakukan jurulatih (Fandi Ahmad) selepas kami tewas 3-2 kepada Sabah FC pada 9 Ogos lalu,” kata Adam menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sana, Adam turut berharap supaya siri serangan Sri Pahang tampil lebih ampuh untuk mencipta keputusan positif ketika berhadapan pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner.

“Setakat ini, kami hanya menang sekali ketika menewaskan Kelantan Darul naim (KDN) FC pada perlawanan pertama Liga Super. Selepas itu kami mencatat tiga keputusan seri dan tewas tiga.

“Namun, biarpun beraksi di tempat lawan, bagi saya peluang untuk menang tetap ada jika semua memberikan kerjasama dan fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Saya harap kunjungan ke tempat lawan akan berpihak kepada Sri Pahang,” kata Adam akhir sekali mengenai aksi yang akan datang tidak beberapa hari sahaja lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN