Sri Pahang Sedia Kutip 3 Mata Di Laman Sendiri Berdepan Terengganu

Sri Pahang kini dilihat bersedia untuk mengharungi aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023, dengan pertemuan seterusnya menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur malam ini.

Beraksi di laman sendiri, Sri Pahang dilihat mempunyai kelebihan daripada sokongan moral daripada para penyokong setia Tok Gajah yang dijangka akan memenuhi stadium untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka.

Apatah lagi, mereka juga memiliki tempoh rehat mencukupi untuk tampil dengan kecergasan terbaik bagi beraksi malam ini di laman sendiri.

Berbanding Terengganu pula yang baru sahaja selesai mengharungi satu perlawanan Khamis lalu dalam saingan AFC ketika berdepan cabaran wakil dari Filipina, Stallion Laguna.

Apatah lagi, skuad kendalian Fandi Ahmad sudah tentu ingin meneruskan momentum terbaik mereka ketika pasukan tersebut menewaskan Terengganu pada 28 April lalu menerusi keputusan penuh 2-1.

Dua jaringan Sri Pahang ketika itu terhasil menerusi penjaring berbisa mereka iaitu Kpah Sherman serta tonggak tengah, Nor Azam Azih, sementara Terengganu hanya memperoleh satu gol sahaja hasil ledakan Ivan Mamut.

Mengulas tentang perlawanan malam ini, pasukan tuan rumah jelas mahu memanfaatkan kelebihan mereka beraksi di laman sendiri untuk mengatasi cabaran Terengganu.

Menurut pertahanan kental pasukan tersebut iaitu Fadhli Shas, beliau menyatakan Sri Pahang sudah pun membuat segala persiapan diperlukan termasuk meningkatkan prestasi permainan untuk menyekat kemaraan lawan.

“Kami sudah sedia dan akan mempamerkan persembahan terbaik untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri terutama meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik musim ini.

“Dengan latihan dan beberapa perlawanan persahabatan, kami sudah mempertingkatkan segalanya terutama memperbaiki kelemahan,” kata Fadhli menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Sri Pahang juga dilaporkan tidak dapat menggunakan khidmat penyerang berbisa mereka iaitu Kpah Sherman yang digantung perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.

Walaupun tanpa kelibat penyerang kebangsaan Liberia itu, Sri Pahang masih memiliki dua pemain di posisi tersebut iaitu Rafael da Silva serta Lucas Silva untuk dipertaruhkan mereka selaku penggempur utama.

Malah, prestasi sasa Rafael juga dianggap semakin baik di posisi penyerang utama sehingga kelibat beliau mendapat pujian daripada penyokong Sri Pahang menerusi media sosial.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN