Sri Pahang Sedia Gandakan Usaha Untuk Elak Keciciran Mata Penting

Sri Pahang kini menjadi antara pasukan yang mengambil serius untuk baki saingan Liga Super 2023 dengan kelab tersebut enggan keciciran sebarang mata lagi kepada lawan untuk berada di kedudukan lebih baik.

Perkara ini diluahkan sendiri oleh Fandi Ahmad yang merupakan pengendali utama Sri Pahang musim 2023 dan menyatakan pasukan tersebut tidak boleh terlepas sebarang mata untuk saingan akan datang.

Terdahulu, pasukan tersebut kempunan untuk memperoleh tiga mata penting ketika saingan Liga Super berlangsung membabitkan pasukan itu bertemu Terengganu di Stadium Darul Makmur.

Pada perlawanan tersebut, kedua pasukan saling terikat seri 2-2 dengan Terengganu terlebih dahulu mendahului tuan rumah menerusi dua gol sebelum Sri Pahang melakar kebangkitan penting.

Walaupun begitu, kebangkitan dilakar oleh Sri Pahang pada baki 10 minit perlawanan dianggap terlewat dengan mereka sekadar berpuas hati untuk memperoleh satu mata bersama Terengganu.

Keputusan tersebut menyaksikan Sri Pahang ki berada di tangga keempat Liga Super dengan mengumpul 44 mata, sambil diekori rapat Sabah di kedudukan kelima.

Mengulas tentang aksi seterusnya bertemu PDRM, Fandi menyatakan kemenangan ke atas pasukan itu akan menentukan kedudukan mereka bagi saingan Liga Super.

“Bagi saya, kemenangan ke atas PDRM perlu kerana bakal menentukan kedudukan dalam saingan liga antara tempat ketiga dan kelima.

“Setakat ini, PDRM tidak boleh mengejar Sri Pahang tetapi Sabah FC dan Terengganu FC (TFC) antara pencabar.

“Manakala, Kedah darul Aman (KDA) FC sudah berada di hadapan apabila berada di kedudukan ketiga dengan mendahului enam mata iaitu 50 mata berbanding Sri Pahang dengan 44 mata.

“Sebab itu saya katakan bahawa kami akan berusaha untuk mengutip mata maksimum daripada baki empat perlawanan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Walaupun begitu, Sri Pahang perlu memperkemaskan lagi aspek permainan mereka terutama sekali kelonggaran di posisi pertahanan yang sering dieksploitasi pasukan lawan.

Berdepan PDRM untuk aksi seterusnya ini juga dianggap tidak mudah, kerana lawan tampil dengan kejutan untuk melakar kemenangan 2-0 sebelum itu berdepan Kuala Lumpur City (KL City).

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN