Sri Pahang Pertaruh 2 Senjata Pemusnah Untuk Hadapi JDT

Sri Pahang dilaporkan kini bakal membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama untuk menghadapi aksi Liga Super musim 2024/2025 seterusnya dengan membuat perhitungan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tampil dengan serba tidak konsisten pada musim ini, Fandi dilihat masih lagi mencari-cari rentak sebenar untuk memastikan skuad kendalian Tok Gajah berada pada prestasi sebenar.

Apatah lagi beberapa rombakan dibuat menyaksikan masih ada pemain baharu yang masih tidak dapat menyesuaikan diri bersama taktikal diterapkan beliau buat pasukan tersebut.

Keputusan sebelum ini juga tampak kurang menyakinkan, apabila skuad kendalian Fandi mencipta kekalahan kepada Penang di penentuan penalti pada aksi sulung Piala FA 2024/2025.

Cerita di belakang tabir juga ketika ini kurang enak untuk didengari kem Sri Pahang, apabila ada laporan menyatakan pasukan tersebut turut mengalami isu tunggakan gaji.

Walaupun begitu, mereka tetap optimis dengan persiapan rapi untuk bertemu JDT di gelanggang lawan dan Fandi pastinya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Menurut jurulatih dari Singapura itu, beliau sedia meletakkan dua penyerang import mereka dalam misi untuk memberi tekanan terbaik buat gergasi bola sepak negara tersebut.

Dua penyerang yang bakal dibawa turun untuk aksi tersebut merupakan Mykola Ahapov serta bekas penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman.

Menurut Fandi, beliau yakin gandingan kedua pemain itu mampu memberi sengat terbaik buat posisi hadapan Tok Gajah untuk menghadapi cabaran JDT.

“Sherman dan Ahapov akan berganding buat pertama kali ini, mudah-mudahan Sherman dapat menemui sentuhan jaringannya kembali dalam usaha membantu Sri Pahang beroleh kemenangan.

“Prestasi Ahapov dilihat semakin meningkat termasuk jaringan ketika seri 1-1 berdepan Penang FC pada pusingan 16 Piala FA, minggu lalu.

“Tiga perlawanan sebelum ini termasuk dua Liga Super belum memperlihatkan tahap terbaik dan diharapkan segalanya lebih bagus pada perlawanan Sabtu ini,” kata Fandi menerusi laporan Harian Metro.

Walaupun begitu mereka mungkin akan melupakan khidmat pemain dari Argentina, Manuel Hidalgo pada perlawanan tersebut kerana status pinjaman daripada JDT sebelum ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN