Pasukan yang mengalami musim agak suram musim ini, Sri Pahang kini berada di landasan terbaik mereka untuk memperbaiki kedudukan carta Liga Super 2022 setelah kejayaan perlawanan lalu ketika menewaskan Selangor.
Berdasarkan kemenangan tersebut, pastinya para pemain kembali bersemangat untuk tampil lebih baik bagi perlawanan seterusnya supaya Sri Pahang dapat mengakhiri musim ini dengan lebih positif.
📅 Jadual pusingan LS14 Liga Super yang akan bermula pada Ahad ini!
Perlawanan tumpuan anda? 🤔
Siaran langsung Johor Darul Ta’zim lwn Kuala Lumpur City FC di Sukan RTM dengan semua perlawanan di unifiTV, unifi playTV dan YouTube. 📺 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/26rYIDCM2E
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 28, 2022
Kemenangan itu juga menyaksikan Sri Pahang menamatkan tempoh kemarau mereka tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan dihadapi sebelum itu.
Untuk perlawanan seterusnya menentang Kedah Darul Aman (KDA), mereka pastinya ingin terus melakar kemenangan ditambah dengan prestasi lawan kini tidak menentu setelah mencatat kekalahan di tangan Kuala Lumpur City (KL City) baru ini.
Menurut pertahanan Sri Pahang iaitu Azwan Aripin, mereka menyasarkan tiga mata penuh untuk terus diburu pada perlawanan akan datang.
“Sudah pasti kami mahu meneruskan aksi konsisten ini selepas mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan termasuk tewas 5-2 kepada Penang FC pada suku akhir Piala FA.
“Segalanya akan dilakukan untuk meletakkan Sri Pahang pada tahap terbaik selain memperbaiki kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini,” kata Azwan menerusi Berita Harian.
Untuk rekod semasa, Sri Pahang kini berada pada kedudukan sembilan carta Liga Super setelah mengutip 11 mata daripada 12 perlawanan telah diharungi.
Azwan juga mengatakan mereka bakal tampil berhati-hati pada perlawanan seterusnya menentang kelab kendalian Aidil Sharin ini ketika ditanya peluang untuk mengutip tiga mata penuh.
📊 KEDUDUKAN – LS13#LigaSuper2022 pic.twitter.com/DmIikHvlcF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Jelas beliau, walaupun KDA merekodkan keputusan tewas pada perlawanan lalu, ini tidak bermakna Sri Pahang bakal mendapat laluan mudah untuk turut memperoleh keputusan positif di laman sendiri.
“Saya dan rakan sepasukan akan memastikan lawan tidak mengutip mata di Kuantan dalam.
“Kelebihan beraksi di halaman sendiri juga akan dimanfaatkan sebaik mungkin seperti yang dipersembahkan ketika menewaskan Selangor FC Rabu lalu,” katanya.
Sri Pahang dilihat mula menampilkan sesuatu yang lebih positif setelah mereka melantik Dollah Salleh selaku pengendali baharu mereka untuk mengemudi baki saingan Liga Super.
📸 AKSI PERLAWANAN – LS13
SRI PAHANG FC 2-0 SELANGOR FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/wtwTbJHINh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Mereka juga mendapatkan khidmat Fandi Ahmad dari Singapura selaku Penasihat Teknikal dalam usaha untuk memperbaiki mutu pasukan supaya terus memberi persaingan buat kelab lain di peringkat domestik.