Sri Pahang Ingin Raih Kemenangan Pada Aksi Bertemu Selangor

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad memasang tekad untuk mencipta kemenangan pada aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya dengan pertemuan membabitkan kelab itu menentang Selangor.

Atas kertas, peluang kemenangan pastinya terarah kepada Selangor yang masih segar dengan kemenangan besar mereka ke atas Penang menerusi keputusan 4-1.

Berbanding Tok Gajah, kelab tersebut pula sekadar terikat seri pada aksi terbaharu sewaktu mereka menentang cabaran Kuala Lumpur City (KL City) beberapa hari lalu.

Walaupun berkelebihan di laman sendiri, sudah tentu ia masih merupakan cabaran cukup besar buat pasukan tersebut untuk cuba mencipta keputusan positif.

Namun begitu, Fandi enggan menganggap keputusan lalu sebagai alasan dan beliau memberi fokus sepenuhnya untuk menghadapi skuad kendalian Nidzam Jamil.

Menerusi rekod empat perlawanan lalu di saingan Liga Super, Sri Pahang gagal untuk meraih sebarang kemenangan dan merekodkan dua kali kekalahan berturut-turut sebelum terikat seri bersama KL City.

Jelas Fandi, beliau meletakkan keutamaan buat Tok Gajah untuk meraih kemenangan berdepan Selangor walau menyedari kualiti dimiliki pasukan lawan.

Malah, beliau turut menuntut supaya anak-anak buahnya kekal memberi fokus terbaik serta menggunakan setiap peluang terbuka sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Walaupun kita tahu Selangor berada pada prestasi terbaik ketika ini terutama memiliki kekuatan daripada segi permainan individu dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pemain.

“Tetapi sebagai tuan rumah, kemenangan adalah keutamaan Sri Pahang untuk kembali mencatat kemenangan kerana hanya menang sekali selepas lima perlawanan.

“Saya percaya dengan persembahan menyakinkan ketika seri 0-0 ketika berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC Sabtu lalu, tiga mata akan menjadi milik skuad Tok Gajah,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Fandi juga memberi bayangan untuk mengekalkan kesebelasan utama pada aksi lalu bagi berdepan cabaran Selangor.

Selain itu, Kpah Sherman juga dilaporkan tidak akan beraksi pada perlawanan tersebut dengan sandaran utama pastinya bakal terarah kepada pemain import lincah iaitu Manuel Hidalgo untuk menggempur kubu pertahanan lawan bagi meraih jaringan buat pasukan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN