Sri Pahang Idam Terus Tambah Derita Semasa Penang

Sri Pahang nampaknya tampil dengan persiapan begitu serius kini, selepas aksi Liga Malaysia (Liga M) bercuti seketika sebelum itu untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Selepas mencipta kekalahan 0-3 sebelum ini di tangan Perak, jelas skuad kendalian Fandi Ahmad mahu mencipta kebangkitan kembali demi memberi keyakinan semula buat para peminat.

Untuk aksi akan datang, mereka bakal berkunjung ke gelanggang lawan untuk menghadapi cabaran Penang demi misi mendapatkan kemenangan.

Laungan semangat turut dilontarkan oleh bintang muda Tok Gajah musim ini iaitu Saiful Jamaluddin yang menganggap segalanya tidak mustahil buat mereka untuk cuba mendapatkan tiga mata walaupun beraksi di gelanggang lawan.

“Ya, kami akan cuba sebaik mungkin untuk membawa pulang mata atau sekurang-kurangnya satu mata selepas gagal mengutip mata ketika tewas 0-3 kepada Perak FC, 28 September lalu.

“Sudah pasti fokus utama sepanjang tempoh rehat liga semestinya untuk mendapatkan kemenangan terutama persediaan berdepan Penang, Ahad ini.

“Oleh itu, walau macam mana pun, kami akan cuba yang terbaik supaya skuad Tok Gajah tidak ketinggalan jauh dengan pasukan teratas liga,” kata bekas pemain muda Harimau Malaya B-23 itu menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Saiful turut mengakui kekuatan pasukan lawan daripada segi posisi pertahanan dan memerlukan jentera serangan Sri Pahang tampil lebih ampuh.

“Oleh itu, saya dan rakan sepasukan perlu mengekalkan fokus sepanjang 90 minit perlawanan terutama jentera serangan diharap lebih berbisa untuk merobek gawang tuan rumah,” kata beliau lagi.

Untuk aksi akan datang menyaksikan kedua pasukan ini jelas mahu mencipta kebangkitan selepas masing-masing merekodkan kekalahan pada perlawanan terakhir sebelum saingan liga berehat seketika.

Jika Sri Pahang tewas kepada Perak, untuk skuad Akmal Rizal Ahmad Rakhlj pula mencipta kekalahan 2-4 di tangan Kuala Lumpur City bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Dijangka Sri Pahang bakal mempertaruhkan senarai pemain terbaik mereka seperti Kpah Sherman, Mykola Ahapov, serta Manuel Hidalgo pada aksi tersebut untuk menggempur kubu pertahanan lawan.

Sementara Penang sudah tentu akan mengekalkan Richmond Ankrah bersama Rafael Vitor selaku pertahanan utama pada aksi tersebut untuk menyerap segala asakan pelawat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN