Sri Pahang FC: Pulut Kuning Antara Pekara Menarik Dari Pelancaran Jersi Musim 2021

Sri Pahang FC merupakan salah sebuah pasukan yang menjadi tumpuan di saingan Liga Malaysia pada musim ini. Seperti kebiasaan menjelang sepak mula musim baharu, penyokong pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia akan teruja dengan pelancaran jersi pasukan masing-masing.  Apatah kali ini pasukan-pasukan bertanding tampil dengan status kelab dengan logo serba baharu.

Namun demikian, pelancaran jersi kelab atau pasukan bertanding kali ini tampil sedikit berbeza disebabkan situasi semasa di dalam negara yang masih belum bebas dari pandemik Covid-19. Selain daripada pelancaran menggunakan video, antara kaedah pelancaran lain yang digunakan oleh setiap kelab dan pasukan ialah interaksi secara atas talian.

Tidak terkecuali ialah Sri Pahang FC yang memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka semalam. Berikut adalah lima perkara, termasuk beberapa ciri-ciri unik mengenai pelancaran dan jersi Sri Pahang FC sehingga mendapat perhatian dari netizen.

Jenama tempatan

Tidak seperti sebelum ini, Sri Pahang FC kali ini beralih kepada jenama tempatan. Sebelum ini jenama seperti Fila dan Umbro menjadi pilihan. Kali ini jersi buatan tempatan jenama Stallion menjadi pilihan.

Tidak banyak boleh diperkatakan mengenai jenama Stallion di dalam bola sepak domestik negara kerana ianya agak baru. Semakan di laman Facebook menunjukkan akaun Stallion Apparel hanya diwujudkan pada 2019.

 

Sebelum ini jenama Stallion menjadi pilihan Penang FA selama dua musim berturut-turut pada 2019 dan 2020. Selain Penang FA, jenama Stallion turut menjadi pilihan Perlis United yang beraksi di Liga M3.

Jersi Sri Pahang FC pada musim ini boleh didapati bermula dari RM100 sehelain untuk Home, Away dan third kit.

Corak jersi

Jersi jenama Stallion untuk Sri Pahang FC ini turut menampilkan corak berkotak. Untuk jersi Home, warna biru dan kuning adalah warna asas pilihan, hitam untuk Away, manakala kuning dan biru untuk jersi ketiga.

Sekali pandang sukar untuk membezakan jersi Home dan third kit Sri Pahang FC ini. Amat jarang sekali third kit sesebuah pasukan menggunakan warna asas yang sama dengan jersi Home dan Away. Ini mungkin satu kelainan yang cuba ditampilkan.

Tidak kurang juga ada di kalanga netizen yang menyamakan corak jersi Away kepada jersi Away kelab Serie A Itali, Inter Milan keluaran Nike. Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya ialah warna asas. Manakala corak bergaris pada rekaan kelihatan amat mirip sekali.

Prop yang simple

Langkah Sri Pahang FC memperkenalkan jersi, barisan pemain dan jurulatih secara langsung melalui atas talian dianggap sebagai langkah bijak.

Apatah lagi menggunakan prop yang amat mudah untuk disediakan. Mengambil kira kos pelancaran, produksi video yang boleh mencecah ribuan ringgit jika menggunakan khidmat profesional, langkah Sri Pahang FC ini dianggap sebagai langkah berjimat.

Disiarkan melalui YouTube, Sri Pahang FC masih berjaya menarik tontonan 32,000 penonton – semestinya penyokong setia Tok Gajah.

Namun yang lebih menarik perhatian ialah dua entiti hitam yang sebenarnya adalah jersi yang belum diperkenalkan. Nampak mistik sedikit di situ.

Pulut kuning

Jika dua figura hitam yang menjadi prop tidak cukup mistik, mungkin adanya pulut kuning di dalam majlis pelancaran boleh menimbulkan persepsi tersebut. Namun ia bukan sedemikian sebenarnya.

Pulut kuning itu sendiri adalah hidangan istimewa dan begitu simbolik dalam masyarakat Melayu. Hidangan rinkas ini sering disediakan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, cukur jambul, akikah, berkhatan, tahlil dan banyak lagi.

Pulut Kuning, sifatnya yang melekit itu (sticky rice) digambarkan sebagai hubungan akrab persaudaraan (dan kemasyarakatan). Sudah tentulah sebagai alat, ia mempunyai fungsi mengakrab.

Sekiranya Sri Pahang FC mahu menhadirkan impak pada musim ini, keakraban persaudaraan dan kerjasama setiap bahagian di dalam kelab dari pemain, pengurusan, jurulatih, dan penyokong haruslah ditagih, dan semua pihak perlu bersatu hati.

Impian Sri Pahang FC

Walaupun semuanya tampak serba ringkas, ini tidak bermakna Sri Pahang FC tidak mempunyai sasaran pada musim ini. Bercakap kepada wartawan yang hadir, Pengerusi Sri Pahang FC, Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah berkata Sri Pahang FC mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala bakal dijulang pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Misi pasukan ialah untuk meningkat dan mempamerkan prestasi terbaik berbanding musim lalu dan sasaran sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingkan musim ini menjadi milik Sri Pahang.

“Sehubungan itu, dengan kerjasama semua pihak dalam Sri Pahang, barisan kejurulatihan dan pemain, misi itu akan tercapai,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran jersi Sri Pahang musim 2021.

Musim ini Sri Pahang FC akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Thomas Dooley dan pengurus, Dollah Salleh selain mempertaruhkan lima pemain import iaitu Yevhen Bokhashvili, Pedro Henrique, Herold Goulon, Mamadou Wague dan Lee Tuck.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pauta di bawah:

Jersi Bola Sepak Yang Tertera Nama Syarikat Arak & Judi, Apa Hukum Memakainya?

Sejarah Jersi Kedah: Dari Merah England Ke Hijau Kuning

Nilai Tajaan Jersi EPL 2018/19 Sahaja Bernilai £313.6 Juta Semusim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN