Sri Pahang Bakal Jalani Sesi Latihan Pertama Tanpa Import

Sri Pahang bakal menjadi pasukan terbaharu yang akan memulakan sesi latihan pertama mereka secara rasmi tidak lama lagi dalam usaha untuk mempersiapkan diri untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Menurut laporan dikeluarkan, Tok Gajah bakal menghadapi sesi latihan pertama mereka pada minggu ini dan dijangka bakal dihadiri semua para pemain tempatan baharu serta dikekalkan pada saingan lalu.

Hadir dengan semangat baharu, pastinya Sri Pahang mempunyai sasaran untuk menjadi tampil lebih baik dalam persaingan domestik berbanding pada tahun lalu dalam semua kejohanan disertai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang, beliau mengesahkan sendiri pasukan itu bakal mengharungi sesi latihan pertama tanpa import.

“Skuad Tok Gajah akan berlatih minggu ini tetapi senarai pemain belum lengkap termasuk ketiadaan pemain import.

“Kita harap latihan pertama ini dapat membantu terutama memberi penekanan kepada kecergasan selepas Liga M berakhir Disember lalu.

“SPFC percaya ketua jurulatih (Fandi) sudah bersedia memberikan fokus dalam membentuk skuad lebih mantap musim baharu ini biarpun senarai penuh pemain belum diumumkan.

“Kelab mengharapkan pencapaian lebih baik diraih Sri Pahang berbanding tempat kelima Liga Super musim lalu,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai persiapan semasa pasukan tersebut.

Musim lalu menyaksikan Tok Gajah menamatkan cabaran dalam saingan Liga Super di tangga kelima, selepas mereka mengumpul 45 mata secara keseluruhan bersama 13 kemenangan turut dicatat kelab itu.

Jika dilihat pada prestasi, Sri Pahang antara kelab cukup konsisten pada persaingan awal musim lalu dengan menghadapi beberapa siri perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Malah, percaturan taktikal Fandi Ahmad juga berjaya membuatkan kelab itu memberi persaingan sengit buat mana-mana lawan biarpun tidak memiliki barisan pemain lengkap di beberapa posisi.

Untuk saingan hadapan, persiapan awal dibuat Sri Pahang apabila mereka terus mengekalkan beberapa pemain tonggak seperti Azrif Nasrulhaq, Syazwan Andik, pemain naturalisasi dari Argentina iaitu Sergio Aguero, serta penjaga gol berpengalaman, Zarif Irfan.

Pasukan tersebut turut memberi kepercayaan besar buat pemain-pemain muda apabila mereka bakal mempertaruhkan Mohamad Saiful Jamaluddin, Syaahir Saiful Nizam, serta Nasyrullah Zaki.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN