Sri Pahang Ada Potensi Cipta Kejutan Atasi Kedah Di Alor Setar

Sri Pahang bakal meneruskan persaingan mereka dalam aksi Liga Super pada hari ini dengan membuat perhitungan seterusnya bersama Kedah Darul Aman (Kedah) di gelanggang pasukan lawan.

Tampil dengan momentum kemenangan dalam saingan pembukaan Piala Malaysia sebelum itu dengan menewaskan Harini FT, skuad kendalian Fandi Ahmad pastinya ingin memastikan kejayaan terus berpihak kepada mereka.

Malah, perlawanan ini menjadi peluang terbaik buat Sri Pahang untuk memintas Kedah di kedudukan ketiga setelah kedua pasukan tersebut saling berkongsi mata selepas mengharungi 18 perlawanan.

Namun, perbezaan jumlah jaringan yang menjadi pemisah buat Sri Pahang untuk berada di tangga keempat, dan aksi seterusnya ini menjadi penentu buat Tok Gajah untuk melihat potensi pada kedudukan ketiga.

Setelah rombakan yang dibuat oleh Fandi Ahmad buat Sri Pahang, khususnya dengan kehadiran dua import baharu, pasukan ini dilihat bertambah baik di posisi tengah serta serangan berbanding sebelum itu.

Malah, kelibat penyerang import mereka iaitu Kpah Sherman juga antara berada dalam momentum terbaik untuk terus memperkukuhkan kedudukan dalam kesebelasan utama selepas tampil cemerlang selaku penjaring terbanyak kelab.

Berbanding Kedah, skuad ini masih lagi segar dengan kekalahan mengejut di tangan Perak pada perlawanan lalu untuk saingan Piala Malaysia di Ipoh.

Tampil selaku pasukan pilihan, Sang Kenari gagal untuk mempertahankan jaringan pembukaan mereka selepas tampil dengan serba tidak menjadi di segenap posisi sepanjang aksi berlangsung.

Perak yang lebih mendominasi perlawanan cemerlang membolosi gawang Kedah dengan tiga jaringan untuk memastikan mereka meraih kemenangan di laman sendiri.

Kekalahan tersebut pastinya memberi kesan mendalam buat barisan pemain kendalian Nafuzi Zain untuk kembali mencipta kebangkitan pada aksi seterusnya pula dalam saingan Liga Super.

Tambahan pula, beraksi di laman sendiri ketika ini boleh dianggap sebagai tekanan buat kem Kedah, selepas para penyokong setia Sang Kenari pastinya mengharapkan keputusan positif boleh diterjemahkan mereka untuk mengatasi Sri Pahang.

Kelibat pemain seperti Ifedayo Olusegun antara ditagih untuk memastikan Kedah kembali mencipta kemenangan serta mengukuhkan posisi di tangga ketiga Liga Super dengan menjarakkan mata bersama lawan.

Untuk rekod perlawanan lalu, kedua pasukan ini saling terikat 1-1 menerusi jaringan Jonathan Balotelli buat Kedah serta Stefano Brundo yang meledak gol penalti di Stadium Darul Makmur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN