Squawka, Salah Satu Laman Statistik Bola Sepak Popular Mungkin Akan ‘Bungkus’?

Bagi sesiapa yang menggemari statistik bola sepak, laman Squawka antara pilihan utama mereka. Laman sesawang yang menjadi kesayangan ramai pengikutnya kerana memberikan statistik dan artikel yang menarik.

Kami yakin, anda pasti merasa sedikit kurang lengkap menikmati bola sepak hujung minggu lalu tanpa kemaskini daripada Squawka.

Ada berita kurang enak apabila, Squawka yang dimiliki oleh Squawka Ltd. kini berhadapan dengan risiko ditutup.

Pada Jumaat minggu lalu beberapa staf mereka memberitahu yang mereka tidak dibenarkan masuk ke pejabat pada Jumaat. Mereka diberikan notis pada Khamis dan akan kembali semula bekerja sehingga diberitahu.

Mereka juga memberitahu pejabat mereka menggantung sementara operasi mereka. Buat masa ini, Squawka hanya memiliki 35 staf tetap untuk operasi mereka. Squawka Ltd berpangkalan di London.

Seorang staf mereka yang mahu nama beliau dirahsiakan memberitahu Bloomberg yang Squawka mungkin akan muflis dan dalam proses memasuki prosedur ‘administrative’.

Satu prosedur di UK yang menyebut sesuatu organisasi itu dibawah pengawasan jabatan insolvensi. Jika gagal menepati beberapa kriteria, mereka akan diiktiraf muflis kerana beban hutang yang terlalu tinggi.

Namun pemilik bersama Squawka Ltd, Leo Harrison memberitahu yang Squawka masih ada harapan untuk terus beroperasi dan membayangkan syarikat tersebut menerima tawaran daripada organisasi lain.

“Masih ada kemungkinan syarikat ini akan terus beroperasi. Ada tawaran di atas meja.”

Tetapi kenuyataan staf mereka itu seakan-akan benar apabila kemaskini terakhir Squawka di Twitter adalah pada 2 November 2017 ataupun pada hari Khamis lalu.

Di laman sesawang mereka, tidak ada kemaskini untuk statistik bola sepak minggu lalu. Ramai yang kehairanan dan berharap Squawka akan kembali beroperasi seperti biasa.

Beberapa staf dan bekas staf mereka memang tidak berpuas hati dengan cara Squawka Ltd menguruskan operasi mereka. Tidak ada pembangunan yang holistik sama ada dari segi pembangunan karier dan perniagaan.

Mereka merungut Squawka Ltd hanya memikirkan pasal keuntungan sahaja. Pada 2012, Squawka Ltd dilaporkan memiliki aset $1.7 juta.

Pada 2015 mereka mencatakan 1.5 billion ‘content views’ menjadikan mereka laman statistik yang paling berpengaruh dan antara yang paling berpotensi di dunia.

Pada April 2016, FremantleMedia (anak syarikat RTL Group) memiliki pegangan saham 35% dalama Squawka. Namun mereka tidak mahu memberikan komen tentang potensi pengambil alihan penuh Squawka.

Kini masa depan Squawka terus menjadi tanda tanya. Adakah Squawka akan muflis ataupun dalam proses diambil alih oleh organisasi lain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN