Spurs Tewaskan Arsenal, Tiada Hari St. Totteringham Selepas 22 Tahun

Maaf untuk penyokong The Gunners, Hari St. Totteringham tahun ini dibatalkan. Spurs menang 2-0 ke atas Arsenal di White Hart Lane.

Ia juga menjadi perlawanan Derbi Utara London yang terakhir dianjurkan di sini. Spurs sudah pastinya tidak mahu ia berakhir dengan kekalahan.

Gol-gol Spurs dijaringkan Dele Alli dan Harry Kane. Mujurlah Petr Cech cemerlang dan Spurs tidak diberikan 1 lagi penalti.

St. Totteringham’s Day adalah hari di mana penyokong Arsenal meraikan kejayaan mereka berada di atas Spurs pada akhir musim. Namun kali ini Spurs secara rasmi membatalkannya.

Heboh di media sosial semalam selepas Tottenham Hotspurs secara matematiknya menamatkan liga di atas Arsenal. Hanya perkara yang terlalu drastik sahaja yang boleh menganggu Spurs.

Misalnya dipotong mata di minggu-minggu akhir saingan liga seperti yang berlaku kepada Portsmouth dahulu.

Mauricio Pochettino merasakan, cita-cita mereka adalah lebih besar daripada semata-mata ingin menang dan menamatkan musim di atas Arsenal.

Pochettino sebelum ini menepis spekulasi beliau berminat ke Barcelona. Apa yang digariskan Pochettino adalah cita-cita Spurs yang semakin besar dan beliau antara orang yang terlibat di dalam pelan jangka panjang itu.

Antara testimoni yang jelas adalah pembinaan stadium mega yang baru. Kini Tottenham Hostpurs mengekalkan margin 4 mata dengan pendahulu liga, Chelsea.

Persoalan kepada Arsene Wenger

Kekalahan Arsenal ini terus menimbulkan perdebatan, bila Arsene Wenger nak keluar? Ada juga yang menyatakan Arsene Wenger masih akan kekal di Arsenal pada musim hadapan.

Arsene Wenger masih ada urusan besar dalam Piala FA menentang Chelsea di final.

Arsenal hanya dibezakan 6 mata daripada City yang berada di tangga ke-4. Arsenal masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Jika mereka juara Piala FA, ia boleh menjadi hari perpisahan sempurna untuk Wenger. Itupun jika beliau membuat keputusan meninggalkan Arsenal.

Pada masa yang sama beliau masih mahu mengejar 4 teratas untuk layak ke UCL musim hadapan. Di bawah kendalian Wenger, Arsenal telah layak kesemua 20 edisi UCL sepanjang pengurusan beliau di sana.

Ini bermakna beliau memiliki 20 cubaan bersama Arsenal untuk membawa UCL ke kabinet trofi Arsenal tetapi gagal melakukannya.

Baca juga: Farhan Roslan Beri Kelebihan Buat Kedah Menjelang Aksi Kedua Di Kuala Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN