Spurs & Milan Sedang Berbincang

Tottenham Hotspur kini dilaporkan sedang berbincang dengan AC Milan dalam usaha mereka mahu mendapatkan khidmat Krzysztof Piatek.

Jose Mourinho mahukan pemain penyerang itu pada Januari ini, lebih lebih lagi Harry Kane yang mengalami kecederaan serius dan mungkin bakal terlepas kesemua baki perlawanan pada musim ini.

Tottenham Hotspur menawarkan pertukaran pemain ditambah dengan wang dalam transaksi kali ini.

Mourinho mahukan perpindahan Piatek ini menjadi kenyataan untuk memperbaiki kempen mereka pada separuh kedua musim ini.

Kesukaran pasukan Spurs untuk mencetak gol dalam beberapa perlawanan terakhir memberikan isyarat bahawa pasukan ini memerlukan seorang pemain nombor 9 pemusnah yang semulajadi.

Walau bagaimanapun, Rossoneri telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu sebarang perjanjian pinjaman ataupun ada tambahan pemain dalam perpindahan ini. Mereka cuma mahukan bayaran tunai sahaja.

Hal ini kerana AC Milan sedang berhadapan dengan kesukaran dari segi kewangan kerana gagal untuk bermain di pentas Eropah.

AC Milan meletakkan harga sekitar £25 juta untuk bayaran pertama dan bonus akan dibincangkan kemudian.

Jose Mourinho pula berhadapan kekangan dari segi dana, kerana beliau dilaporkan tidak diberikan dana sebanyak itu. Namun beliau diberikan kebenaran untuk menjual mana-mana pemain yang terlebih dahulu sebelum membeli.

Koresponden, La Gazzetta dello Sport Nicolo Schira menyatakan bahawa Tottenham telah menawarkan pilihan kepada Milan untuk pemain yang disertakan dalam pembelian ini.

Senarai pemain tersebut adalah sama ada antara Erik Lamela, Juan Foyth ataupun Victor Wanyama.

Spurs merasakan tawaran ini agak baik kerana mereka memberikan pemain yang bagus dalam tawaran mereka.

Schira kemudian menyatakan bahawa perbincangan masih berlaku di antara kedua-dua belah pihak.

Selain daripada Tottenham Hotspur, bekas pasukan yang diuruskan oleh Jose Mourinho iaitu Chelsea juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Piatek.

Jose Mourinho sedang berdepan dengan kesukaran dalam mendapatkan pemain dan juga dalam kesulitan mengawal situasi jendela perpindahan kali ini.

Beberapa hari lalu beliau telah membidas bekas majikan lamanya iaitu Inter Milan kerana didakwa mengganggu fokus Christian Eriksen pada masa yang tidak sepatutnya.

Pasukan yang pernah dibimbing oleh Jose Mourinho sehingga menang treble itu, secara terang-terangan menyatakan bahawa mereka sedang berbincang dengan wakil Christian Eriksen.

Inter Milan percaya mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana sedang bercakap dengan pemain yang kontraknya kurang enam bulan lagi.

Walaubagaimanapun Jose Mourinho menganggap tindakan itu sebagai biadap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN