Spurs menjadi pasukan pertama yang tampil dengan teknologi padang yang boleh laras untuk kegunaan bola sepak dan NFL. Sebelum ini Sapporo Dome di Jepun pula untuk kegunaan bola sepak dan besbol.
Namun Spurs menggunakan teknologi di mana padang bola sepak dibahagikan kepada dua bahagian dan akan dicantumkan ketika mahu menggunakannya.
Anda boleh saksikan penjelasan ringkas bagaimana padang bola sepak dan padang besbol ditukar-tukar dalam Sapporo Dome. Padang bola sepak mereka tidak dipecahkah kepada beberapa bahagian.
Semalam, laman facebook rasmi Tottenham Hotspur telah menayangkan ‘footage’ yang menjelaskan bagaimana padang bola sepak dan padang NFL disatukan di dalam satu stadium.
Melihatkan penerangan visual ini, pastinya penyokong Spurs sudah tidak sabar-sabar untuk berpindah ke stadium baru. Namun ia masih lambat lagi dan dijangka Spurs akan di Wembley untuk satu musim ini.
Reka bentuk stadium yang serba canggih ini dilengkapi dengan teknologi-teknologi terkini. Padang boleh ganti ini meletakkan padang bola sepak di bahagian atas. Manakala padang NFL pula di bawah.
Ini kerana padang bola sepak adalah menggunakan rumput asli. Padang NFL pula menggunakan rumput tiruan.
Saksikan paparan video ini:
Canggih bukan?