Spurs Gelisah Hilang Khidmat Harry Kane Sehingga Mac

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane terpaksa disisihkan akibat kecederaan buku lali sehingga Mac akan datang.

Imbasan yang dilakukan menunjukkan kapten England tersebut mengalami kecederaan di bahagian ligamen buku lali kiri – ketika Spurs tewas kepada Manchester United awal pagi Isnin lalu.

Kecederaan tersebut dipercayai berlaku ketika Kane bersaing dengan Phil Jones dan juga Victor Lindelof untuk mendapatkan bola sejurus sebelum tamat perlawanan.

. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Kane yang kelihatan terhincut-hincut selepas itu merisaukan pengurus pasukan Mauricio Pochettino – apatah lagi Spurs turut kehilangan khidmat bintang Korea Selatan, Son Heung-Min yang baru saja menyertai pasukan negaranya untuk cabaran di Piala Asia.

Setakat ini Spurs hanya boleh mengesahkan pasukan perubatan kalab akan terus mengikuti rapat perkembanan dan proses pemulihan Kane, dan penyerang itu dijangka akan kembali cergas pada awal Mac.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 13: Harry Kane of Tottenham Hotspur struggles to get to his feet after a heavy challenge in the final moments of the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester United at Wembley Stadium on January 13, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Ini bermakna Kane akan terlepas aksi separuh akhir kedua Piala Carabao menentang Chelsea pada 24 Januari depan – dan juga perlawanan akhir pertandingan tersebut pada 24 Februari jika Spurs berjaya menafikan cabaran The Blues.

Kecederaan Kane juga bermakna Pochettino hanya mempunyai Fernando Llorente sebagai penyerang utama pasukan untuk diturunkan pada perlawanan seterusnya.

Penyerang berusia 24 tahun dari Belanda, Vincent Janssen turut berada di dalam perancangan pengurus dari Argentina itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN