Tottenham Hotspur terlepas peluang untuk menyamakan mata dengan Liverpool di tangga ke-4 selepas sekadar seri dengan pasukan Southampton di St. Mary.
Southampton terlebih dahulu di hadapan selepas Davinson Sanchez menjaringkan gol sendiri ketika cuba menghadang hantaran lintang leret Ryan Betrand pada minit ke-15.
Namun gol itu hanya bertahan kurang 4 minit apabila Harry Kane menyempurnakan hantaran lintang Ben Davies daripada sepakan penjuru
Kane menanduk masuk bola selepas gagal dicabar oleh Manolo Gabbiadini. Itu adalah jaringan EPL ke-99 oleh Harry Kane, tinggal 1 sahaja untuk gol seabad.
Sebelum wisel rehat, Jack Stephens mempersiakan peluang terbaik.
Stephens juga menjadi hero Southampton pada separuh masa kedua untuk menafikan percubaan jarak dekat Erik Lamela. Dalam perlawanan ini juga pemain berusia 17 tahun, Michael Obafemi masuk menggantikan Dusan Tadic.
Menjadikan beliau pemain kedua termuda pernah bermain untuk EPL selepas Luke Shaw.
At 17 years & 199 days, Michael Obafemi becomes @SouthamptonFC’s 2nd youngest player to appear in the @premierleague, after Luke Shaw pic.twitter.com/tqKvB1M5Sv
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 21, 2018
Obafemi hampir melakukan debut impian namun beliau gagal menyudahkan hantaran lintang yang hanya ada penjaga gol Spurs, Vorm untuk beliau tewaskan.
Hanya 6 percubaan tepat dihasilkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. Sudah cukup menggambarkan perlawanan ini agak hambar. Spurs hanya 2 melakukan percubaan tepat daripada angka 6 itu.
Pada akhir babak perlawanan terlalu banyak aksi hilang bola daripada pemain kedua-dua pasukan. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Spurs kini berada di tangga ke-5, hanya 3 mata di hadapan Arsenal dan 2 mata di belakang Liverpool.
Dalam perkembangan berkaitan, Southampton dikatakan sedang berusaha membeli Guido Carrillo dari Monaco dan Quincy Promes dari Spartak Moscow.
Ini selepas pemilik kelab memberikan lampu hijau untuk Pellegrino membelanjakan wang penjualan Virgil Van Dijk yang bernilai £75 juta.