SPRM Siasat Pemain Kedah, KFA Tolak Desakan Letak Jawatan

Akhbar tempatan, Berita Harian melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil pemain Kedah yang dituduh menerima rasuah sebelum pertandingan akhir Piala Malaysia minggu lalu.

Hal ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang memberikan kerjasama kepada SPRM.

Menurutnya, SPRM mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap pemain meskipun dakwaan itu hanya dibuat melalui laman sosial.

“Saya dimaklumkan SPRM ada panggil pemain… mungkin ia hanya prosedur dan SPRM ada hak nak panggil mereka.

“Depa pun (pemain) akan beri kerjasama yang baik terhadap SPRM namun kita tak tuduh mereka buat,” katanya kepada berita harian.

Di laman media sosial, seorang individu membuat komen dengan tajuk ‘calon jual game Final Piala Malaysia 2017’ dan tertera tujuh nama membabitkan pemain dan jurulatih Kedah.

Terdapat viral di media sosial WhatsApp mendakwa tujuh pemain Kedah menerima sogokan RM200,000 setiap seorang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah bertemu JDT.

Susulan itu, ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff membuat laporan polis berhubung kenyataan yang tular di media sosial itu.

Beliau juga mahu pihak menyiasat secara terperinci supaya penyokong bola sepak tanah air dapat mengetahui isu sebenar.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas ini dan mahu pihak bertanggungjawab khususnya polis menyiasat dengan terperinci supaya semua penyokong dapat mengetahui hal sebenarnya,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata, siasatan itu penting bagi memastikan nama pemain dan jurulatih pasukan Kedah bersih daripada dakwaan terbabit.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu keyakinan penyokong terhadap skuad Helang Merah luntur akibat dakwaan sebegitu.

“Kalau penyokong hilang keyakinan, pemain dan pasukan kita yang rugi nanti… jadi saya tidak mahu adanya tanggapan negatif ini.

“Namun, KFA tidak akan mengambil tindakan terhadap pemain dan jurulatih yang dikaitkan itu selagi tidak dibuktikan mereka bersalah,” katanya.

Presiden KFA, YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah

Sementara itu, laman facebook KFA mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu-isu semasa yang melibatkan pasukan Kedah di media sosial.

Menurut kenyataan itu, Ahli Majlis Eksekutif KFA sebulat suara membuat ketetapan bahawa YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah dikekalkan sebagai Presiden KFA.

“Ahli Majlis Eksekutif berpendapat sumbangan dan komitmen beliau sebagai Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk sokongan terutamanya aspek kewangan, tajaan pihak swasta dan penyediaan kemudahan infrastruktur latihan pasukan antara kesan dan kepentingan YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah perlu mengekalkan jawatan sebagai Presiden KFA.

Gambar : KFA

“KFA juga ketika ini dalam proses melakukan persediaan pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2018, peralihan kuasa pengurusan pada ketika ini dianggap tidak sesuai memandangkan komitmen yang telah diberi sejak 2 tahun lepas,” kata Timbalan Presiden KFA, Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Bin Syed Abdullah

Ahli-ahli gabungan KFA juga menyatakan sokong penuh mereka supaya Ahmad Bashah dikekalkan sebagai presiden KFA dan menolak sebarang desakan oleh mana-mana pihak supaya ahli politik melepaskan jawatan masing2-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN