Astro Awani melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai “Ah Chong”.
Ia bagi membantu siasatan melibatkan kes mengatur perlawanan Liga Perdana Malaysia.
Saksi yang dikenali sebagai “Ah Chong” di kalangan pemain bola sepak tempatan adalah Khairul Anuar Baharum.

Khairul diminta untuk hadir ke ibu pejabat SPRM serta merta.
Ini untuk membantu siasatan berhubung 3 pemain Malaysian Indian Sport Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) yang didakwa menerima suapan dengan niat mengatur perlawanan membabitkan pasukan terbabit.
Perintah tahanan reman terhadap 3 pemain MISC-MIFA tersebut dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin Acho pada 6 April yang lalu sehingga 12 April ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah agar siasatan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dapat dijalankan.
Khairul Anuar Baharum pernah beraksi untuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, PDRM dan beberapa pasukan lain di Liga Malaysia.
Khairul Anuar Baharum pernah terlibat dengan insiden menanduk pemain T-Team, Haris Safwan pada tahun 2010.
Karier bersama skuad kebangsaan, menyaksikan Khairul Anuar Baharum membuat penampilan sebanyak 36 kali daripada tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan menjaringkan satu gol sepanjang bersama Harimau Malaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Ah Chong diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd Fadzli Aliad di talian 03-88867000 atau 018-2744533.
Baca juga: Jersi & Barangan Skuad Kebangsaan Mula Disimpan Di Stor JMF