Barcelona dilaporkan sudah bersedia untuk mengumumkan perjanjian penajaan jersi dan stadium bersama syarikat penstriman muzik, Spotify.
Menurut laporan oleh radio Catalan, Rac1, kelab La Liga berkenaan telah mencapai persetujuan penajaan selama tiga tahun yang dianggarkan bernilai €280 juta (RM1.34 bilion).
Penajaan tersebut akan menyaksikan logo Spotify akan tertera pada jersi skuad lelaki dan wanita Barcelona dan syarikat yang berpangkalan di Sweden itu juga akan menjadi jenama pertama yang menaja Stadium Nou Camp.
https://twitter.com/risingstarJr/status/1490646471422603266?s=20&t=p1N0QNuOLBq0_oxrJgncIg
Syarikat peruncitan dari Jepun, Rakuten telah menjadi penaja jersi skuad lelaki sejak 2017, sementara syarikat pembuatan alatan tukang, Stanley Black & Decker telah menjadi penaja jersi skuad wanita pada 2018.
Spotify menjadi platform terbaik pada era milenium ini apabila format muzik kini ditukar kepada format digital. Dengan kerjasama dengan artis rakaman di seluruh dunia, ia dapat membendung aktiviti cetak rompak dan memudahkan pembayaran royalti.
Sehingga hari ini Spotify menduduki takhta di dalam bilangan pengguna yang aktif yang dianggarkan sebanyak 130 juta pelanggan, mengatasi pesaing lain seperti Apple Music, Amazon , Google, Tidal dan banyak lagi.