Dalam kejohanan bolasepak besar dunia termasuk Piala Eropah tempoh hari, kita pastinya merasai nikmat menonton bolasepak dari sudut yang berbeza dengan adanya spidercam,
Spidercam atau terjemahan langsungnya kamera labah-labah ini adalah teknologi kamera yang beresolusi tinggi dengan jangkauan sudut yang luar biasa.
Ia ibarat duduk di atas helikopter dan menyaksikan bagaimana pasukan pasukan di padang bertarung. Kini kita dapat merasai pengalaman tontonan yang baru. Melihat detik detik suka duka dengan lebih dekat.
Namanya mungkin dipetik kerana sifatnya yang ala spiderman yang bergantung pada tali untuk bergerak ke sana dan ke sini.
Perter Parker dalam The Amazing Of Spiderman telah menghasilkan gambar yang ‘mahal’. Beliau dibayar tinggi oleh Daily Buggle kerana mengambil gambar dari sudut yang tak mampu dilakukan jurukamera lain.
Begitulah juga hasil kerja dan nilai yang dilakukan oleh spidercam ini.
Selain daripada pihak stadium, kamera ini turut disewa oleh berberapa syarikat penganalisis bolasepak untuk kajian taktikal mereka.
Siapakah Pencipta Spidercam?
Nama pencipta labah-labah ini adalah Jens C. Peters (gambar di bawah). Beliau adalah jurutera yang bertanggungjawab mencipta dan membangunkan teknologi spider camera atau spidercam ini pada tahun 2000.
Ia selepas Peters menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu CCSytems Inc. pada tahun tersebut.
Peter menyatakan, reka bentuk kepala spidercam adalah inspirasi daripada watak Stormtrooper dalam Star Wars.
Namun nama spidercam diambil daripada sifatnya yang bekerja seperti labah labah, berpaut pada jaring mereka.
Beliau telah lama menanam cita-cita untuk membina sistem kamera yang beroperasi dengan wayar gantung. Ia membolehkannya bergerak hampir ke seluruh ruang dan penjuru seperti tiada halangan.
Peters juga mahukan satu kamera berkemampuan untuk merakam acara outdoor mahupun indoor. Ia menjadi kenyataan apabila syarikat yang berpangkalan di Austria ini menghasilkan model pertama pada tahun 2003.
Mereka turut berjaya melakukan ujian pertama kamera tersebut dengan merakanm satu atur acara dalam dewan yang besar dan luas.
Bagaimana Ia Beroperasi?
Spidercam beroperasi dengan sistem kamera dengan kabel berkomputer. Kamera ini akan menyiarkan pandangan 3D.
Ia mampu bergerak pada sebarang ruang tanpa perlu bimbang ia akan bertembung dengan apa-apa objek di atas tanah atau mengganggu penglihatan penonton.
Kamera memiliki kelajuan luar biasa denga kelajuan maksimum 2000mm/s.
Ia juga memiliki daya pecutan maksimum 1529 mm/s^2 untuk memberikan gambar yang menakjubkan daripada pandangan yang tidak terjangkau oleh kamera biasa.
Spidercam digunakan untuk merakam aksi secara mendatar (horizontal) dan menegak vertical) dalam perlawanan seperti bola sepak.
Ia juga beroperasi menggunakan empat winches (peranti pengangkat) bermotor dihubungkan dengan kabel di setiap penjuru padang. Kabel tersebut disambungkan ke kamera yang stabil.
Setiap kali spidercam berhenti, ia boleh merakam dengan putaran 360 darjah. Ia dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh sepenuhnya.
Biasanya ada dua pilots yang akan memandu spidercam Seorang mengawal kabel dan seorang lagi mengawal kamera untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. Pilots ini juga dibantu seorang technician.
Teknologi Yang Kian Mendapat Sambutan
Pada tahun 2004 sistem ini mula mendapat perhatian oleh penganjur acara komersial terutamanya konsert.
Ia terus melonjakkan namanya sebagai antara teknologi yang menjadi pilihan oleh penganjur penganjur acara dan konsert besar.
Setelah berjaya di lapangan konsert, spidercam mulai menembusi pasaran penyiaran sukan. Hari ini kita melihat teknologi ini digunakan di acara-acara sukan dan hiburan yang besar dan berprestij.
Selain bola sepak, spidercam juga digunakan dalam acara acara besar dalam sukan tenis, ragbi dan kriket. Ramai penganjur kejohanan berprestij akan memilih untuk menggunakan teknologi ini.
Ini membuktikan spidercam telah diiktiraf sebagai antara simbol kemegahan teknologi dalam dunia penyiaran. Banyak negara di dunia mulai menggunakan teknologi ini. Terbaru adalah Liga A di Australia.
Di Asia Tenggara Indonesia antara negara yang pernah menggunakan teknologi ini pada acara pembukaan Sukan SEA 2011. Mereka menyewa spidercam untuk memastikan acara pembukaan yang gilang gemilang.
Pengalaman Menyaksikan Siaran Bolasepak Dengan Adanya SpiderCam
Dalam bolasepak, kita akan dapat melihat aksi ketika pemain diarahkan untuk melakukan drop kick seperti kita ada di sebelah mereka.
Kita akan dapat menyaksikan pergerakan taktikal di dalam padang dari atas dalam keadaan pandangan total.
Spidercam juga kerap digunakan untuk merakam aksi pengadil dan pemain ketika berehat sebentar di dalam padang untuk ke babak masa tambahan dan penalti.
Tidak lupa juga babak seperti Bale dan anak perempuannya yang meraikan kejayaan Wales layak ke suku akhir Piala Eropah tempoh hari. Inilah yang menjadikan tontonan kita terasa lebih hidup dan intim.
Kita juga seronok melihat secara dekat pemain berjabat tangan dan bertukar tukar jersi dan banyak lagi momen indah di dalam padang.
Banyak lagi babak babak menarik dipertontonkan termasuk visual bagaimana formasi dan taktikal sesebuah pasukan di dalam padang turt boleh dinikmati.
Ternyata spidercam telah memberikan satu revolusi baru ketika menonton perlawanan bolasepak.
Spidercam banyak disewa oleh institusi yang tidak mampu memilikinya secara tetap atau untuk acara yang bermusim seperti sukan Olimpik dan sebagainya. Sewaan ini termasuk dengan khidmat pilots dan technician.
Teknologi dalam penyiaran kian berkembang pesat. Selain daripada spiderCam, kini seperti drone sedang cuba dibangunkan. Namun buat masa ini, spidercam tetap yang terbaik buat masa ini.
Ia tetap antara teknologi yang memberikan evolusi dalam dunia penyiaran.
Baca juga: Kelab Baru Kaka Menggunakan Warna Unik Untuk Rumput Stadium Mereka. Gila!