Speed Luah Rasa Kagum Lihat Kecanggihan Di SSI

Pempengaruh terkenal, IShowSpeed tampil dengan kejutan di pentas Liga Malaysia (Liga M) selepas beliau hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk bertemu Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Pada perkongsian video yang diuat secara langsung semalam menerusi saluran Youtube milik beliau, Speed hadir ke SSI sambil mengenakan jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bertemu PSJ yang ketika itu turut ada di SSI untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan milik baginda.

Ketika kehadiran Speed, aksi Liga Super membabitkan JDT dan Kelantan Darul Naim (KDN) masih lagi sedang berlangsung dan beliau hadir untuk menyapa PSJ.

Dalam intipati video tersebut, Speed turut meluahkan rasa kagum beliau akan kecanggihan yang ada di SSI selain tampil bersama beberapa pandangan lain cukup positif.

Malah, tontonan siaran langsung ketika itu juga mencecah jutaan ramai pemerhati dengan pelbagai komen turut diberikan ketika Speed berada di sana.

Kehadiran Speed bersama jersi JDT boleh dianggap sebagai salah satu bentuk promosi yang sangat baik untuk terus memperkenalkan pasukan tersebut di mata dunia.

Seperti diketahui, Speed merupakan pempengaruh yang memiliki jumlah pengikut sangat besar di dunia dan kehadiran beliau ke Malaysia beberapa hari lalu menjadi tular dalam kalangan anak muda.

Namun, ketika itu Speed tidak berkesempatan untuk hadir ke mana-mana stadium atau mengenali pasukan bola sepak tempatan selepas beliau meneruskan jelajah ke Indonesia sebelum menjengah Singapura.

Laporan menyatakan Speed hadir ke Malaysia seketika selepas beliau sah berada di Singapura semata-mata untuk melihat SSI serta bertemu PSJ yang turut berada di stadium tersebut.

Dalam dunia bola sepak, Speed menjadi peminat fanatik kepada bintang profesional iaitu Cristiano Ronaldo dan sering mengangkat bekas pemain Manchester United tersebut dalam konten dilakukannya.

Maka, tidak hairan jika Speed turut hadir ke SSI untuk bertemu PSJ yang juga sebelum ini mempunyai hubungan akrab bersama bintang bola sepak Al-Nassr itu.

Selain kehadiran Speed ke SSI, PSJ juga pastinya gembira akan keputusan positif dilakar JDT yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam persaingan Liga Super musim 2024/2025.

Pada aksi tersebut, JDT meraih kemenangan besar 6-1 untuk mengatasi cabaran KDN selepas mereka berjaya mencipta keputusan seri pada saingan pertama AFC Champions League Elite (ACLE) beberapa hari lalu ketika berdepan Shanghai Port.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN