Quantcast

BERITA

Spalletti Tempelak Media ‘Pandai-Pandai’ Buat Spekulasi Conte Akan Ke Inter

Luciano Spalletti sekali lagi mengkritik karenah oleh pihak media di Itali berhubung spekulasi membabitkan Antonio Conte.

“Mereka [media] mungkin tahu sesuatu. Ia adalah hak Beppe Morata [Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter] untuk melakukan perkara terbaik buat Inter,” ujar beliau.

Tekanan kini kepada Inter Milan untuk meneruskan kemenangan selepas Atalanta, Milan, Roma, Torino dan Lazio merekodkan kemenangan pada hujung minggu lalu – untuk merebut slot ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Inter’s Croatian midfielder Ivan Perisic(C) is congratulated by comrades after scoring the second goal during the Italian Serie A football match between Inter Milan and Chievo at the San Siro stadium in Milan on May 13, 2019. (Photo by Miguel MEDINA / AFP) (Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Jaringan oleh Matteo Polatino dan Ivan Perisic memberikan kemenangan 2-0 kepada Inter ke atas Chievo yang akan tersingkir ke saingan Serie B, membenarkan Inter menduduki tangga ke-3 Serie A dengan 66 mata.

Spalletti yakin dengan Inter

Mengikuti rapat ialah Atalanta di belakang dengan 65 mata. Berbaki dua lagi perlawanan pada musim ini, kedudukan Inter masih belum selamat dengan Milan, Roma dan Torino turut mengintai peluang ke pertandingan elit eropah itu pada musim hadapan.

Bercakap mengenai pasukan kendalian beliau, Spalletti dipetik sebagai berkata:

“Saya melihat kematangan, fokus, ketajaman dan kesederan untuk tidak melakukan kesilapan mudah. Kerana ketika belum ada jaringan dihasilkan, anda tidak boleh mengambil mudah perlawanan dan mengambil risiko,” ujar beliau kepada Sky Italia.

MILAN, ITALY – MAY 13: FC Internazionale coach Luciano Spalletti looks on during the Serie A match between FC Internazionale and Chievo at Stadio Giuseppe Meazza on May 13, 2019 in Milan, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Kami kekal tersusun. Saya berpendapat ia [tersusun] adalah apa yang kami perlukan, dan kami mencipta banyak peulang, walaupun ia seakan-akan sukar untuk mematikan perlawanan.

“Kami menggerakkan bola dari sisi ke sisi kerana Chievo memaksa kami berbuat demikian. Ia benar hantaran kami kurang berkualiti untuk memecah pertahanan lawan [Chievo]. Kami boleh beraksi lebih baik.

“Menentang Napoli, kami memiliki lebih banyak ruang, tempo permainan yang tinggi, dan kemudian mereka akan datang untuk melakukan serangan. Kami harus lebih berusaha keras menentang rangkaian pemain tengah Chievo, dan anda harus lebih teliti dalam situasi tersebut.”

Spalletti bidas media

Di sidang media yang sama selepas perlawanan, Spalletti juga bertanggapan media adalah umpama Robert Redford – pengarah filem – kerana membuat cerita Conte sedang melakukan rundingan dengan Inter.

Spalletti seperti merujuk kepada salah satu filem Redford – All the President’s Men – di mana skandal ‘Watergate’ telah didedahkan oleh sumber dalaman kepada pihak akhbar.

Inter Milan

(Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

“Untuk tiga bulan, perkara sama diperkatakan secara berterusan. La Gazzetta dello Sport telah menulis mengenai perkara yang sama selama tiga bulan. Mungkinkah jika seseorang mengatakan pada hari ini bahawa esok akan hujan, maka hujan pasti akan turun keesokkannya?

“Anda semua di sini juga asyik bertanyakan soalan yang sama setiap minggu. Saya tidak mahu biadap dengan tidak memberikan respon.

“Jika La Gazzetta dello Sport telah menulis perkara yang sama selama dua tahun, dan tiga bulan kebelakangan ini setiap hari, maka mereka mungkin mengetahui sesuatu.

“Saya melihat perkara itu seperti satu penghinaan. Tajuk akhbar sentiasa berkata anda telah berbelanja, anda tidak menang, anda adalah seorang yang gagal, dan akhirnya ia akan memberikan kesan kepada saya dan pasukan.

“Ia bukan kerana saya. Kerana khabar angin sebegini sudah ada bersama Inter sejak tujuh tahun yang lalu. Ia sangat teruk, seperti cuba menyerang anda dengan pelbagai kata-kata, tetapi ia tidak akan sama jika ini adalah kelab lain.

“Saya tidak tahu sama ada mereka [akhbar dan kelab lain] adalah ahli keluarga atau memiliki persahabatan. Tetapi ia akan berbeza apabila melibatkan Inter.

“Hanya Marotta berhak untuk melakukan yang terbaik untuk Inter, bukan akhbar dan media seperti ini.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!