Spalletti Umumkan Perisic Akan Kekal, Tidak Menafikan Berita Bidaan Dari United

Bos baru Inter, Luciano Spalletti memberitahu, buat masa ini beliau tidak ada berurusan dengan sesiapa untuk Perisic termasuk Manchester United.

Spalletti juga menyatakan yang beliau mahukan pemain itu kekal di dalam pasukan beliau untuk musim hadapan.

Kenyataan Spalletti ini menamatkan spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke Old Trafford.

Spalletti memberitahu yang ada tawaran dari kelab besar pada awal jendela perpindahan dibuka. Tawaran tersebut ditolak dan tiada lagi bidaan baru dibuat kelab tersebut.

Beliau tidak menafikan bahawa kelab yang membida itu adalah Manchester United walaupun beliau tidak terang-terangan menyebut nama kelab tersebut.

Jadi, sekarang, Inter Milan memutuskan pemain itu akan kekal di dalam pasukan. Spalletti berkata:

“Buat masa ini tiada pasukan yang menghubungi kami untuk mendapatkan Perisic. Sebelum ini, kami ada menerima bidaan untuk beliau pada awal jendela perpingdahan. Namun tiada lagi tindakan susulan daripada mereka. Jadi, topik ini sudah ditutup!”

“Kami tidak boleh melepaskan beliau pada waktu sekarang ini. Sukar untuk mencari beliau dalam masa yang terhad.”

Perisic antara pemain penting Inter Milan musim lalu. Pemain yang memiliki skil dan mentaliti yang sangat kuat di dalam padang.

Inter Milan mahu kembali memberikan saingan kepada pasukan seperti Juventus dalam saingan Serie A musim hadapan.

Spalletti antara individu yang dibawa masuk untuk membangkitkan semula kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN