Inter Milan dilaporkan bersedia untuk membayar €60 juta beserta bonus tambahan atas merit persembahan untuk pemain tengah AS Roma Radja Nainggolan.
Ini bukanlah pertama kali Inter Milan menyatakan minat mereka untuk Nainggolan. Namun dengan kehadiran Luciano Spalletti sebagai pengurus baru Inter, mereka berharap usaha mereka kali ini berjaya.
Hubungan Spalletti dan Nainggolan memang rapat. Pemain itu bermain dengan sangat baik di bawah Spalletti pada musim lalu dan membantu Roma menamatkan musim di tangga ke-2.
Sebelum ini, pihak AS Roma sudah memberikan amaran kepada mana-mana kelab yang mahukan Nainggolan bahawa pemain tersebut bukan untuk dijual.
Inter Milan juga akan menawarkan pakej gaji lumayan kepada Radja Nainggolan. Dilaporkan kontrak bernilai €5.5 juta setahun dengan bonus tambahan €2 juta.
Sebelum ini, pada musim lalu AS Roma memberitahu yang mereka menolak tawaran dari Manchester United untuk Nainggolan. Dikatakan United mahu membayar €70 juta untuk Nainggolan.
Namun pemain itu memberitahu yang beliau selesa untuk kekal di AS Roma pada musim lalu. Dengan bidaan yang datang dari Spalletti dan Inter Milan ini, Roma mungkin akan mencari alternatif lain menjual pemain ini keluar dari Itali.
Selain itu, Manchester United sedang hangat dikaitkan dengan Matic. Jadi, Manchester United mungkin bukan destinasi seterusnya untuk Nainggolan.
Chelsea antara kelab yang turut dikaitkan dengan Nainggolan sebelum ini. Tetapi Antonio Conte semakin menghampiri untuk mendapatkan Bakayoko dari AS Monaco.