Jurulatih Inter, Luciano Spalletti menyifatkan Napoli sebagai makhluk asing dan bermain seperti bukan manusia biasa.
Spalletti lega dengan keputusan 0-0 berhadapan dengan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik tersebut. Rekod kemenangan Napoli berakhir semalam dengan keputusan tersebut.
Namun kedua-dua pasukan masih kekal dengan rekod tanpa kalah musim ini. Inter Milan berterima kasih kepada Handanovic yang banyak menafikan percubaan bahaya Napoli.
Penjaga gol Inter jelas berada dalam prestasi terbaik. Handanovic juga menafikan percubaan bahaya Mertens pada masa kecederaan. Spalletti berkata:
“Pemain-pemain kami wajar diberikan pujian kerana anda berterusan berkata kami bernasib baik.”
“Napoli bermain sangat baik. Sehinggakan pada satu ketika kami seperti bermain menentang mahkluk asing. Mereka bermain bola sepak dengan satu sentuhan dan membuat flick ke atas, menguasai perlawanan dengan kepantasan yang sangat tinggi.”
“Kami belajar sesuatu hari ini, pada masa yang sama sudah melakukan beberapa langkah ke hadapan. Boleh dikatakan, kamilah pemenangnya hari ini,” tambahnya lagi secara berseloroh.
“Kami ‘menderita’ dalam beberapa situasi. Tetapi berjaya membawa balik mata berharga. Dan saya tahu kami boleh melakukan lebih baik.”
“Kami beradaptasi cepat sekali, kerana pemain-pemain kami tahu yang kami perlu berjuang mati-matian jika mahu berada di 4 teratas.”
Inilah kali pertama Napoli gagal menjaringkan gol dalam liga selepas 13 perlawanan. Kali terakhir mereka gagal menjaringkan gol dalam liga adalah pada 13 Februari menentang Atalanta.
Maurizio Sarri memuji aksi Handanovic yang disifatkan beliau luar biasa.
“Handanovic penjaga gol luar biasa, buat masa ini menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah. Jadi, sesuatu yang normal melihat dia beraksi luar biasa hari ini.”
“Kami konsisten, dengan aksi yang menarik separuh masa pertama. Kami menekan lawan dan memenangi semula bola di kawasan mereka.”
“Kami melakukan sedikit penamabahbaikan untuk cuba memastika kami dapat meneruskan tekanan kepada lawan. Kami menguasai 75% bola di kawasan lawan yang kuat. Jadi, saya rasa kami bermain baik.”