Spalletti Bengang Pemain Tidak Berdisiplin, Punca Roma Gagal Ke Peringkat Kumpulan UCL

AS Roma antara pasukan yang diramal akan menjadi pencabar utama Serie A pada musim ini. Mereka juga dijangka tidak ada masalah untuk melepasi perlawanan penentuan ke pusingan akhir UEFA Champions League.

Ini selepas AS Roma sangat aktif dalam bursa perpindahan pemain kali ini serta aksi cemerlang mereka ketika menamatkan musim lalu.

Namun plot sebaliknya pula yang berlaku selepas Roma tewas 1-4 secara aggregate di tangan FC Porto dalam perlawanan play off ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

AS Roma V FC Porto - UEFA Champions League Qualifying Play-Off Second Legs

Roma mengikat Porto 1-1 pada perlawanan pertama di Portugal dengan Thomas Vermaelen dibuang padang dalam perlawanan debut beliau untuk Roma.

Namun, hajat besar mereka tidak tercapai selepas dimalukan Porto dengan kekalahan 0-3 di tempat sendiri. Sekaligus menutup rapat peluang mereka untuk mara ke peringkat kumpulan UCL.

Badi Kelab Itali Di Pusingan Play-off Berterusan!

AS Roma meneruskan badi kelab Itali dalam play-off UCL sejak musim 2011/12. Ini adalah rekod pencapaian play-off UCL melibatkan kelab Itali

[table]
Musim,Kelab,Status,
2011/12,Udinese,Gagal,
2012/13,Udinese,Gagal,
2013/14,AC Milan,Berjaya,
2014/15,Napoli,Gagal,
2015/16,Lazio,Gagal,
2016/17,AS Roma,Gagal,
[/table]

Spalletti Bengang Dengan Kad Merah Naif-Bidas Pemain Tidak Berdisiplin

Luciano Spalletti bercakap kepada ESPN, beliau tidak ada jawapan ke atas 3 kad merah naif yang dikutip pemain-pemain beliau dalam 2 timbal balik menentang Porto.

spa

Spalletti membidas sikap tidak berdisiplin pemain-pemain beliau di atas padang yang seakan-akan mensabotaj perancangan pasukan mereka sendiri.

Sebelum ini, Spalletti terbuka mengkritik Thomas Vermaelen dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama di Portugal.

download (3)

Seakan-akan memarakkan lagi api kemarahan Spalletti, 2 lagi pemain beliau dibuang padang pada perlawanan yang berlangsung di Rome.

Ditanya, sama ada beliau kecewa dengan aksi pertahanan lemah dan bentesan-bentesan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain-pemain beliau, Spalletti hanya mampu menjawab:

“Saya tidak mampu untuk menjelaskannya. Apa yang berlaku adalah, kami telah tewas perlawanan penting yang terus menukar hala tuju kempen pasukan kami musim ini dan kami harus menerima hakikat tersebut.”

“Kami gagal mengawal bola dengan baik seperti apa yang saya telah rancang. Kami tidak terurus, namun kami telah mengawal semula keadaan selepas dikejutkan dengan gol pembukaan (Porto).”

“Tidak lama selepas itu, kami dikurangkan kepada 10 pemain dan ia menjadi lebih sukar.”

Italy Soccer Champions League

“Ketiga-tiga kad merah kami adalah naif! Ini kerana kami perlu bermain dengan 11 pemain untuk menunjukkan karakter sebenar kami seperti akhir musim lalu.”

“Musim lalu, kami tidak memberikan pengadil ruang untuk membuang pemain-pemain kami. Sekarang ia kerap berlaku dan saya tidak faham mengapa?”

“Saya yakin kami mampu untuk lebih tenang berdepan tekanan.”

“Kami boleh bagi senarai 15 atau 16 perlawanan terakhir kami musim lalu dan tidak ada seorang pun pemain kami yang dibuang padang.”

“Ini adalah perkara baru bagi saya. Pemain pertama yang mendapat kad merah kali ini adalah pemain yang berkualiti. Misalnya, Thomas Vermaelen dibuang padang selepas hanya 3 hari bersama kami.”

Spalletti Berjanji Akan Ambil Tindakan

“Kami ada peraturan khas dalam pasukan ini. Kami tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pemain yang menyebabkan rakan-rakan mereka bermain 10 orang di dalam padang.

download (2)

Roma Hilang Karakter

“Kami berpewatakan sangat berbeza kali ini. Minggu terakhir ini ibarat mewakili epilog pelik dan berbeza untuk pasukan kami.”

“Kami tidak ada petanda akan hal ini, jadi kami tidak ada langkah mencegahnya lebih awal.”

De Rossi Sebagai Bek Tengah

Ada juga pihak merasakan tindakan Spalletti menurunkan De Rossi di bek tengah adalah satu kesilapan yang membawa kepada risiko pemain tersebut dibuang padang.

de-rossi-roma-porto_vfkmbimr6o8t1jebheu0e7sqk

Namun Spalletti menangkis teori tidak berasas tersebut dan beliau menyatakan pemilihan De Rossi adalah kerana, beliau kehilangan berberapa tonggak bek tengah akibat kecederaan dan penggantungan Vermaelen.

Menurut Spalleti lagi:

“Saya memilih De Rossi untuk menggalas tugas bek tengah kerana beliau mampu mengawal bola dengan baik di posisi tersebut. De Rossi turut memiliki kemampuan yang bagus untuk bermain di posisi bek tengah.”

“Kami tewas kerana terlalu kerap hilang bola. Ia membuatkan Porto semakin yakin dan selesa dalam perlawanan ini. Pemain kami pula semakin tertekan.”

“Kami gagal menggerakkan bola dan Porto mendapat gol pertama. Seterusnya, kami bermain 10 pemain dan ia di luar jangkauan kami.”

_90894224_porto

Spalletti menuntut agar pemain-pemain beliau lebih berdisiplin di masa akan datang. Ini kerana, sikap tidak berdisiplin mereka akan merosakkan segala perancangan rapi pasukan.

Nampaknya, Spalletti sangat tegas soal disiplin pemain-pemain beliau dan tidak ada pemain boleh meraih simpati beliau.

Baca juga: Selalu Dicop Sebagai Pemain Paling ‘Kotor’ Di EPL, Statistik Buktikan Diego Costa Sebaliknya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN