Southgate: ‘Wenger Sendiri Tak Pakai Wilshere, Kemudian Persoalkan Kenapa Saya Gugurkan?’

Gareth Southgate sebelum ini memberitahu, tiada seorang pun pemain boleh berasa selamat dalam kem England jika mereka gagal bermain baik serta kurang minit perlawanan di peringkat kelab masing-masing.

Dalam pemilihan 25 pemain England yang akan bertemu Jerman dalam perlawanan persabahatan, Southgate menggugurkan beberapa nama termasuk Oxlade Chamberlain, Chris Smalling dan Jack Wilshere.

Dalam sidang media kelmarin, Arsene Wenger mempersoalkan kenapa Wilshere tiada dalam skuad England? Wenger berharap Soutgate mempertimbangkan semula untuk memanggil Jack Wilshere.

Ini kerana Wilshere dalam keadaan terbaik dan sangat bersedia untuk bermain terutama sekali untuk pasukan kebangsaan.

Namun begitu, Southgate tidak bersetuju dengan Wenger. Ini kerana Southgate menilai aspek minit perlawanan sebagai salah satu perkara merit dalam pemilihan pemain.

Pemain yang kurang minit mungkin akan diberikan peluang atas alasan mereka baru kembali daripada kecederaan dan baru bermain beberapa perlawanan.

Southgate sudah memberikan amaran kepada pemain-pemain beliau supaya mendapatkan minit secukupnya jika mereka mahu bermain di Piala Dunia tahun hadapan.

Menjawab isu Wilshere pula, Southgate berkata:

“Saya tidak tahu, macamana anda boleh katakan dia berhak bermain di England, pada masa yang sama dia gagal masuk ke dalam pasukan Arsenal?”

“Saya tidak meragui keupayaan beliau, ‘otak’ bola sepak dan personaliti beliau.”

Sebagai rekod, Jack Wilshere hanya bermain 11 minit dalam EPL musim ini.

“Kami mahu melihat beliau (Wilshere) kembali semula beraksi sebab sebelum ini beliau ada rekod kecederaan yang agak banyak.”

“Nanti saya akan jumpa Arsene membincangkan hal ini. Saya tahu dia pemain yang hebat tetapi soalnya sekarang adalah minit perlawanan.”

“Saya tidak akan menutup pintu kepada mana-mana pemain. Jangan risau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN